Upacara Ritual Tular, Raja Bomoh Ucap Terima Kasih Naikkan Namanya Hingga Jadi Terkenal

Kehidupan

Upacara Ritual Tular, Raja Bomoh Ucap Terima Kasih Naikkan Namanya Hingga Jadi Terkenal

Raja Bomoh mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan kepada beliau selepas dibebaskan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menerusi siaran langsung diplatform media sosialnya, Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin meluahkan rasa gembira dengan segala sokongan malah cacian yang diterima oleh beliau selepas upacara ritualnya menjadi tular.

Advertisement

Menurutnya, upacara ritual tersebut telah menaikkan namanya sehingga menjadi terkenal sekarang.

Raja Bomoh

Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong saya, termasuk juga yang mencaci sehingga banyak jumlah tanda suka disetiap video saya.

Perkongsian beliau itu mendapat pelbagai reaksi daripada rata-rata netizen yang memintanya untuk mengambil iktibar supaya tidak mengulangi perbuatannya yang lepas dan menjadi contoh yang baik kepada generasi muda.

“Harap atuk ambil pengajaran lepas dikritik hebat dan jangan lagi ulang perbuatan lepas” tulis seorang netizen.

“Jangan buat lagi upacara ritual yang pelik-pelik Tok. Boleh merosakkan akidah umat Islam” tulis seorang pengguna Instagram.

Raja Bomoh nak saman RM300 juta
2 years ago

"Saya Bukan Bomoh Tepi Jalan, Tu Semua 'No Class'.." - Raja Bomoh Bakal Saman RM300 Juta?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...