March 21st, 2013

Menonton perlawanan akhir antara Lee Chong Wei dan Chen Long di kejohanan All England baru-baru ini membuatkan Abang Nara hampir terkena sakit jantung. Walaupun tewas, Lee Chong Wei telah menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi. Beliau memang awesome.

AXIATA

Kekalahan Lee Chong Wei boleh difahami kerana beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan. seluruh Malaysia kecewa dengan kekalahan ini. Namun jangan risau, pemain-pemain badminton kita kini boleh menebus kekalahan Lee Chong Wei apabila pentas Axiata Cup dibuka pada 21 Mac ini.

AXIATA

Axiata Cup yang menawarkan hadiah bernilai USD 1 juta merupakan pertandingan berkumpulan yang bakal mengumpulkan nama-nama besar dunia badminton. Tahun ini merupakan tahun kedua Axiata Cup dianjurkan dan bakal menyaksikan 8 pasukan bertarung untuk merebut hadiah yang sangat lumayan ini.

Dan bersempena dengan Axiata Cup 2013, satu pertandingan “Up Your Game” sedang berjalan di laman YouTube Axiata. Caranya cukup mudah. Cuma perlu upload video yang menunjukkan “passion” anda terhadap badminton.

Di bawah ialah video yang Abang Nara dah upload di laman web contest “Up Your Game” ini. Simple je. Abang Nara pasti anda lebih kreatif daripada apa yang Abang Nara buat.

Sebelum korang mula merakam video untuk pertandingan “Up Your Game” ini, pastikan korang baca tips-tips yang amat berguna di bawah ini.

AXIATA

Lagi power video anda, lagi tinggilah peluang untuk memenangi hadiah lumayan contest ini. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Indonesia.

AXIATA

Jadi tunggu apa lagi? Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 25 Mac ini. Cepat upload video anda dan menangi hadiah-hadiah awesome di atas. Info lanjut layari laman YouTube Axiata Cup.


Comments are closed.

Loading...