Bila sebut sate automatik orang akan ingat Kajang. Mana tidaknya, kat sini tempat lahirnya sate terkenal, iaitu Sate Kajang.
Lagi syok, Kajang ni kawasannya tenang, jadi kalau nak makan sate memang kami sanggup travel ke Kajang. Kadang-kadang tu terasa nak beli rumah teruslah kat situ!
Cakap tentang sate kan, baru-baru ni ada naik dekat timeline kami beberapa pempengaruh yang sedang mempromosikan servis apartment yang paling hangat di tahun 2024 iaitu Se.duduk D’ Kajang. Paling menarik, projek ni dikendalikan oleh duduk by EcoWorld tau!
Makan sate terus teleport ke tempat-tempat best. Nak juga!!!
View this post on Instagram
Seronok tengok Ashmirul, gigit sate tiba-tiba terus dalam gim. Gigit sekali lagi dah dekat swimming pool pula!
View this post on Instagram
Ameera pula lagi havoc, setiap gigitan sate kena teleport pergi tempat berbeza. Tapi dari Pocket Garden ‘jump’ ke grocery tu rare sangat!
Sebenarnya sate apa mereka makan sampai boleh teleport ni?
Laaa.. Se.duduk D’ Kajang Dari duduk by EcoWorld Rupanya. Nampak Macam Menarik Je!
Lain macam promote rumah ya sekarang. Tapi seriuslah EcoWorld lancar projek baru di Kajang? Kami memang tengah mencari rumah ni!
Apa yang menarik dengan Se.duduk D’ Kajang?
Akses Mudah Dengan Lebuhraya
Sekarang ni ramai dalam kalangan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur memilih untuk membeli rumah atau tinggal di kawasan yang kurang sesak dan padat seperti Kajang.
Se.duduk D’ Kajang merupakan perumahan high-rise yang terletak di kawasan yang strategik untuk didiami kerana jaraknya dengan Kuala Lumpur hanya 30 minit sahaja.
Ia juga mempunyai capaian ke lebuhraya utama seperti Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, Lebuhraya SILK dan Lebuhraya EKVE (yang akan siap tidak lama lagi).
Dengan akses lebuhraya ni, memudahkan perjalanan penduduk di situ kelak untuk ke Cheras, Seremban, Semenyih,Putrajaya dan tempat lain!
Dekat Dengan Banyak Kemudahan Harian
Selain capaian lebuhraya, Se.duduk D’ Kajang terletak berdekatan dengan banyak kemudahan harian seperti pasaraya. Antara yang popular ialah Billion, MYDIN, Giant, Econsave, dan Lotus’s. Mudahlah nak beli barang macam ni!
Jika mempunyai anak yang sedang bersekolah atau anda sendiri merupakan seorang guru atau pensyarah.
Kawasan ini berdekatan dengan pelbagai institusi pendidikan dan sekolah antarabangsa seperti Rafflesia International Schools, New Era University College, German-Malaysian Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bukan itu saja, kawasan ini turut berdekatan dengan pengangkutan awam seperti KTM dan MRT serta kawasan komersial, restoran dan hospital.
Yang paling penting sekali adalah kedai komersial juga akan dibuka di bawah projek Se.duduk D’ Kajang ni, jalan kaki pun boleh sampai.
Trend Rumah Terkini
Tidak kira jika anda pembeli rumah kali pertama, pengantin baru, atau sudah mempunyai keluarga kecil, jenis dan lokasi high-rise Se.duduk D’ Kajang ini sangat sesuai untuk anda. Paling penting ia mudah untuk dimiliki tau!
Setiap unit mempunyai keluasan 1000 kaki persegi* dengan reka bentuk praktikal (berkotak) yang mempunyai 3 bilik tidur*, 2 bilik air* serta 2 tempat letak kereta*.
Selain itu, dari segi keselamatan dan trend teknologi zaman sekarang pula, Se.duduk D’ Kajang lengkap dengan kawalan keselamatan 24 jam, berpengawal, akses tanpa kad, pengecasan EV, dan pelbagai kemudahan lain bagi menjamin keselamatan dan kemudahan untuk semua penduduk di sini.
Pangsapuri ini turut dilengkapi dengan fasiliti umum seperti ada gym,kolam renang dan lain-lain. Tapi tarikan utamanya mestilah Pocket Garden, taman indah untuk anda beriadah dan menenangkan minda.
Setiap unit Se.duduk D’ Kajang juga didatangkan dengan separa berperabot*. Lengkap dengan kelengkapan seperti penghawa dingin, lampu, mesin pengering, kabinet dapur bawah dengan hob serta pemanas air. Tidak terkecuali ianya juga dilengkapi dengan kunci digital di pintu masuk utama. Info yang paling penting sekali adalah harganya hanya bermula dari RM400K* sahaja! Untunglah korang!
Miliki Rumah Impian di Se.duduk D’ Kajang
Jika berminat dengan projek Se.duduk D’ Kajang ini, anda boleh terus ke galeri untuk melawat galeri jualan dan unit pameran Se.duduk D’ Kajang bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Inilah masanya untuk tingkatkan memiliki rumah trend terkini dengan projek duduk by EcoWorld.
Daftar sekarang di https://www.duduk.my/seduduk/ untuk info lanjut.
*Tertakluk kepada terma & syarat.