Written by Bella | October 16th, 2019

Selepas mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang 16 tahun lebih tua daripadanya, tindak-tanduk pelakon Intan Najuwa sering menjadi perhatian netizen.

intan najuwa

Pernah dikecam memuat naik gambar dia didukung oleh Idris Khan ketika mempromosikan drama Isteri Tuan Danial, kali ini Intan sekali lagi dikecam dan mencetuskan kontroversi panas apabila memuat naik gambar mesra bersama Zul Ariffin.

Difahamkan foto itu diambil ketika mereka menjalani penggambaran sebuah drama di Langkawi, namun yang menimbulkan rasa kurang senang netizen ialah mereka duduk begitu rapat dan boleh dilihat Zul merangkul pinggang serta meletakkan tangan di atas paha Intan.

intan najuwa zul ariffin

Meskipun dengan tujuan untuk mempromosikan sebuah drama, aksi mereka dianggap keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun bergelar tunangan orang.

“Tunang tak marah ke? Untunglah

boleh pegang paha”

intan najuwa zul ariffin berpelukanintan najuwaintan najuwaintan najuwa zul ariffinintan najuwa zul ariffinintan najuwa zul ariffin

“Tunang saya ok, saya tidak mudah

dipegang-pegang”

intan najuwa dan tunang

Sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen, Intan berkata dia masih tahu menjaga batasnya ketika berlakon. Netizen tidak perlu melaga-lagakan hubungan dia dan tunangnya.

Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan peranan dan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang dimainkan.

intan najuwa tunang

Saya bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have limit, we have the border. Apa yang saya lakukan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okay, yang menjadi masalah sekarang ini hanyalah komen-komen netizen yang cuba laga-lagakan hubungan saya dan tunang.

Baguslah Intan dapat tunang yang ‘sporting’ dan memahami kerjanya sebagai seorang pelakon. Harapnya hubungan mereka ini kekal dan berjodohan sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : mStar Online

9 responses to Untunglah Boleh Pegang Paha – Intan Najuwa Dikecam Muat Naik Foto Berpelukan Dengan Zul Ariffin

  1. nana says:

    releks sudah….bapak dia pun tak bising2, tak tegur dan tak kisah. kalau dh kawen esok konfem tak berlakon dh. so mmg la tunang dia tak mengelabah.

  2. NOPE says:

    Drama ni la yang akan gantikan drama sharnaz dengan nelydia tu. Memang tak la nak tengok. Tengok heroin pun dah malas. Macam budak form 3 dengan bapak je.

  3. Anonymous says:

    kalau aku di tempat dia, terus kawen jelah dgn tunang tu, duit dh ada, buat hape tunggu lama2. Apa yg di tunggu lagi, nak persandingan 50 resepsi ke. Ke Allah bagi klu…belum sampai masa jdi bini..
    ehammmm…sedangakn laki bini pun boleh cerai…tunang ni apalah sgt..

  4. Anonymous says:

    tagline NOPE.. apa kata kau tgok drama di TV3 yg terbaru, tajuk SARA SAJEEDA, setiap mlm pukul 10.00pm isnin-khamia.. byk org ckp drama ni ada kelainan cinta 3 segi..mmg boleh mengalir airmata setiap babak sedih., membuat hati mmbuak2 sbb kerana mrh kepada si pengkikis harta, antara kemewahan, kemsikinan, kepelbagaian kaum, kejujuran cinta, kepalsuan cinta, attitude baik dn buruk semua ada dlm nih,

  5. Anonymous says:

    Kalau bukan tunang pun dh leh raba2, inikan dah bertunang. apa la dia & tunang dh buat. hihi

  6. cing says:

    “bukan semua boleh pegang” yela limited to Zulripin, remyshak, sanaz dan seangkatan. KuHAriz mungkin mmg tak dpt la nak pegang. hahahahahahahah

  7. Anonymous says:

    geli tgk muka tunang dia

  8. Anonymous says:

    Budak Intan Najuwa ni BIMBO. Belajarnya tidak tapi nak hidup senang. Jadi bimbolah. ala2 high class punya orang. Esok bila dah berumur sikit, caras datok2 yang sangap pucuk muda

Tinggalkan Komen Anda Di Sini