Bukan ‘biasa-biasa’, seorang gadis dilaporkan telah membuat kejutan istimewa buat rakan baiknya dengan ‘menempah’ satu dewan pawagam untuk menonton filem Top Gun lakonan Tom Cruise.
Video TikTok kejutan istimewa tersebut turut dimuat naik gadis bernama Ariana Naqma ini yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.
Dia yang berusia 19 tahun membuat kejutan kepada kawan perempuannya kerana memenuhi ingin memenuhi permintaan sahabat baiknya itu.
Dewan cinema tu ada 90 seats. Saya cuma beli 70 seats sahaja sebab saya rasa tak mungkin ada orang nak beli tiket di dua barisan paling hadapan.
Kesemua 70 tiket saya beli secara online pada harga kira-kira RM1,600 dan hanya dua seats sahaja yang diguna untuk saya dan dia.
Jelas Ariana, dia hanya ingin menggembirakan sahabat baiknya yang bersedih selepas putus cinta dengan seorang lelaki.
“Tak ada boyfriend pun tak apalah, saya boleh penuhi hasrat dia untuk tengok berdua. Lagipun memang dia nak sangat tengok filem Top Gun tu.” katanya.
Dalam pada itu, Ariana tidak menganggap tindakannya itu sebagai membazir kerana sepanjang persahabatan, rakan baiknya itu setia mendengar luahan dan sering membantunya ketika dalam kesusahan.
Baiknya…untung ada kawan macam ni kan?