Siapa saja yang tidak mengenali pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau KA yang sangat popular dengan video-video masakan di media sosial serta produk keluaran syarikatnya iaitu Sambal Nyet.
Produk baru akan dilancar pada Jumaat ini!
Selepas berjaya menjadikan Sambal Nyet fenomena di Malaysia, terbaru, KA membuat pengumuman di Instagram bahawa produk baru keluaran syarikatnya, Dendeng Nyet Berapi bakal dilancar pada Jumaat ini.
Kata KA, sebanyak 80000 unit produk bakal dijual pada hari berkenaan menerusi platform rasmi TikToknya @Khairulaming pada jam 9 malam.
View this post on Instagram
Melabur 2 juta untuk Dendeng Nyet Berapi
Dalam pada itu, usahawan tersebut berkata hasil daripada keuntungan sebanyak RM20 juta menjual Sambal Nyet, dia telah melabur sebanyak RM2 juta untuk penghasilan mesin serta penambahbaikan kilang.
Proses Penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk produk terbaru ini pula memakan masa setahun, termasuk persiapan kilang.
We hope you will like it, kalau ada kekurangan boleh inform kita untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari launching nanti.
Beli dan boleh makan terus
Tambahannya lagi, Dendeng Nyet Berapi ini didatangkan dengan porch bag agar pelanggan mudah untuk membawanya kemana saja dan lebih menarik, produk ini sedia untuk dimakan terus pada bila-bila masa.