Penyanyi dan personaliti TV, Mas Idayu baru-baru ini meluahkan rasa syukur kerana suami kesayangan, Muhammad Sufian Che Isa bukanlah seorang lelaki yang ‘kaki curang’.
Mas berkata demikian bagi menjawab persoalan Janna Nick yang bertanyakan sama ada cinta yang dimiliki penyanyi itu mencukupi atau tidak ketika menjadi juri program realiti Famili Duo.
Kata Mas Idayu yang mesra disapa sebagai mummy ini, dia beruntung kerana suaminya itu seorang yang setia kepada pasangan.
Mummy cuma bersyukur kerana suami mummy bukannya kaki curang.
Menjengah ke ruangan komen video TikTok @tv3Malaysia itu, ramai yang mendoakan agar rumah tangga yang dibina Mas Idayu dan suami kekal hingga ke syurga dan sentiasa bahagia bersama.
View this post on Instagram
Sekadar info, Mas Idayu dan Sufian telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2022 dan majlis akad nikah serta resepsi telah diadakan di Magica victory Quill City Mall.