“Untung Kinah Pernah Dapat Suami Yang Baik” – Sharifah Shahirah Ulas Kes Penceraian Sharifah Sakinah

Hiburan

“Untung Kinah Pernah Dapat Suami Yang Baik” – Sharifah Shahirah Ulas Kes Penceraian Sharifah Sakinah

Hangat diperkatakan baru-baru ini mengenai isu penceraian pelakon dan pelawak, Sharifah Sakinah dengan suaminya, Aliff Adha. Sharifah Sakinah yang lebih mesra disapa sebagai Kinah dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mac dan telah pun sah berpisah pada Mei lalu.

Kinah yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi memakai pakaian mencolok mata itu telah mengumumkan mengenai hal penceraian kepada netizen baru-baru ini.

Advertisement

Diminta mengulas mengenai kisah penceraian adiknya itu, Sharifah Shahirah yang lebih mesra disapa sebagai Shiera berkata kedua belah pihak keluarganya telah mencuba sehabis baik memberikan kata dua namun mereka sudah mengambil keputusan untuk bercerai.

 Dia yang ditemui Harian Metro itu turut memberitahu,perbincangan sudah pun dibuat bersama-sama kedua belah keluarga, namun mengakui sedih dengan keputusan tersebut.

Shiera turut menyifatkan Sakinah sangat beruntung kerana pernah memiliki suami yang sangat baik.

“Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami. Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah pertahankan yan terbaik, tapi mungkin sudah tiada jodoh,”

 Ketika ditanyakan mengenai punca penceraian rumah tangga adiknya itu, Shiera berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai hal itu. Dia dalam pada masa yang sama turut mendoakan kebahagiaan buat Sakinah dan juga Aliff dalam soal jodoh.

“Jangan tanya sebab apa cerai, saya memang tidak tahu apa-apa. Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay. Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” – Shiera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...