Sepertinya sudah lama kita tak melihat pelakon, Yasmin Hani di kaca television, namun baru-baru ini pengacara dan penyampai radio itu telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson dilihat memakai baju ‘tank top’ berwarna putih bersama ‘short pants’ berwarna merah.
Susulan itu, ramai pengguna media sosial dan rakan artis yang memuji pelakon itu kerana masih kelihatan ‘hot’ diusia 43 tahun.
Bukan itu sahaja, netizen turut mengatakan bentuk badannya kelihatan sangat cantik seperti anak muda.
Meninjau di ruangan komen, ada juga segelintir pihak yang menegur Yasmin untuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan auratnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.