Untung Bersih Enam Kali Ganda, Pengasas Top Glove Bakal Raih Dividen RM509 Juta

Trending

Untung Bersih Enam Kali Ganda, Pengasas Top Glove Bakal Raih Dividen RM509 Juta

Umum tahu sejak pandemik menyerang dunia, permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan kesihatan telah meningkat dan dapat dilihat syarikat itu telah mencatat jumlah keuntungan berganda.

Permintaan tinggi itu bukan sahaja dari konsumer Malaysia malah dari seluruh dunia yang memerlukan barangan keluaran syarikat tersebut.

Advertisement

Menurut akhbar Straits Times, Syarikat Top Glove telah mencatat keuntungan yang memberangsangkan pada suku tahun 31 Mei dengan keuntungan bersih RM2.04 bilion.

Syarikat itu berjaya menunjukkan keuntungan bersih enam kali ganda berbanding tahun lalu dengan jumlah RM347.9 juta.

Syarikat Top Glove

Keuntungan yang tinggi syarikat ini turut mendorong Top Glove menawarkan dividen sebanyak 18 sen bagi satu unit saham buat para pemegang saham membuatkan Tan Sri Lim Wee Chai selaku pengasas Top Glove berjaya meraih dividen sebanyak RM509 juta.

Sebagai rekod, beliau dilaporkan berjaya menerima jumlah dividen daripada keuntungan Top Glove sebanyak RM1.676 bilion sejak 24 Disember 2020. Keuntungan syarikat ini yang melonjak tinggi turut meletak beliau antara individu terkaya di Malaysia.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...