Untuk Tahun 2020, 13 Mac Merupakan Hari Tidur Sedunia

Kehidupan

Untuk Tahun 2020, 13 Mac Merupakan Hari Tidur Sedunia

Bila kita sebut sahaja tentang topik ‘tidur’ pasti ada yang berfikir ini adalah topik yang menyoronokkan. Jika baru-baru ini kita telah pun menyambut Hari wanita Sedunia iaitu tarikh yang istimewa buat wanita, tetapi tahukah anda bahawa 13 Mac juga merupakan tarikh yang istimewa?

Baca: 300 Individu Berkumpul Sempena Sambutan Hari Wanita

Advertisement

Harini boleh dikatakan hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh kita semua iaitu Hari Tidur Sedunia atau lebih dikenali sebagai World Sleep Day. Memandangkan tidur adalah aktiviti yang sangat penting untuk tubuh badan kita seperti makan, minum dan bernafas, seronok untuk diceritakan disini bahawa sambutan Hari Tidur Sedunia ini turut dijadikan acara tahunan.

Sejak dibangku sekolah lagi kita telah diajar bahawa kita memerlukan tidur selama 8 jam sehari dan juga banyak tips-tips tentang bagaimana mendapatkan tidur yang berkualiti. Daripada itu, kita tahu bahawa tidur adalah perkara yang penting tetapi tidak ramai daripada kita yang menjaga tidur mereka kerana terlalu sibuk melakukan tugasan harian.

Sambutan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.

Sambutan ini telah diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur. Mereka juga lebih dikenali sebagai World Sleep Day Committee of World Sleep Society. Sepanjang sambutan itu, mereka telah menerangkan tentang kepentingan tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.

Menurut maklumat yang diperoleh, tiada tarikh yang tetap untuk sambutan ini. Tetapi Hari Tidur Sedunia ini selalunya akan diadakan pada hari Jumaat iaitu sebelum fenomena Spring Vernal Equinox yang akan berlaku setiap tahun.

Oleh itu pada tahun ini, sambutan hari tidur diadakan pada 13 Mac dan pada tahun berikutnya akan disambut pada 12 Mac 2021.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...