Untuk Pertama Kali Dalam Sejarah, Tiada Kes Terbaru COVID-19 Melibatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

COVID-19

Untuk Pertama Kali Dalam Sejarah, Tiada Kes Terbaru COVID-19 Melibatkan Rakyat Malaysia Hari Ini

Menerusi sidang media harian petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak tujuh kes yang dicatatkan setakat jam 12 tengahari ini. Namun, berdasarkan kes terbaru ini tiada kes yang membabitkan rakyat Malaysia.

Enam kes yang dikesan adalah merupakan kes import yang mendapat jangkitan daripada luar negara. Manakala satu lagi kes adalah kes penularan tempatan melibatkan warga asing. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memberitahu ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan negara.

Advertisement

Selepas pelbagai usaha dilaksanakan bersama oleh semua pihak menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat. Selain itu, KKM kini menggunakan maklumat terbaru daripada jumlah kes-kes harian penularan dalam negara yang melibatkan warga negara.

frontliners

Seterusnya membandingkannya dengan graf pemodelan COVID-19 seperti yang telah diramal oleh Institut Kesihatan Negara, KKM. Keputusan ini merupakan hasil kesan positif atas langkah kerajaan dan pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kes sembuh tertinggi

Selain tiada kes melibatkan rakyat tempatan, hari ini juga mencatatkan jumlah kes sembuh paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 281 kes. Ini pastinya pencapaian yang membanggakan terutamanya buat petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan keselamatan rakyat.

KKM juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kerjasama terhadap kerajaan dalam usaha membendung COVID-19. Pada masa yang sama, beliau berpesan agar rakyat terus berhati-hati dan sentiasa patuh kepada saranan kerajaan bagi menghindari gelombang ketiga COVID-19.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...