Untuk Peminat Sneakers, Jom Lihat Pandang Pertama BAPE x adidas UltraBOOST

Trending

Untuk Peminat Sneakers, Jom Lihat Pandang Pertama BAPE x adidas UltraBOOST

Kepada anda yang memang peminat tegar jenama ‘ streetwear’ A Bathing Ape (BAPE) dan juga ‘sneakers’ keluaran Adidas, kini kedua-dua jenama ini berkolaborasi dan bakal melancarkan koleksi terbaru yang sangat gempak tidak lama lagi.

Advertisement

Versi kasut BAPE x adidas UltraBOOST hadir dengan dua pilihan warna iaitu corak penyamaran ‘camo’ warna hijau dan hitam. Bertemakan bendera Amerika yang dicetak pada lidah kasut, ada yang menyatakan kasut ini bakal dilancarkan bersempena dengan Super Bowl LIII.

Bukan sahaja kasut tetapi koleksi BAPE x adidas ini juga terdiri daripada jersi ragbi, helmet, hoodie, seluar dan kasut but adidas Adizero 5-Star.

Bakal berada di pasaran pada 2 Februari ini, harga rasmi untuk koleksi ini masih tidak diketahui.

Rekaan yang sangat cantik dan bergaya






Sumber Berita & Foto : HYPEBEAST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.