Untuk Mereka Yang Meminati Dunia Permotoran, Nama Hafizh Syahrin Bukanlah Satu Nama Asing.

Hiburan

Untuk Mereka Yang Meminati Dunia Permotoran, Nama Hafizh Syahrin Bukanlah Satu Nama Asing.

Hafizh Syahrin mula menceburi dunia permotoran seawal usia 9 tahun menerusi “pocket bikes” sehingga diberi gelaran “King of Pocket Bikes”. Bakatnya semakin menyerlah dari hari ke hari sehingga menjadi penunggang Moto2 sepenuh masa pada tahun 2014.

Advertisement

Hasil kerja keras yang berterusan, Hafizh Syahrin terus membanggakan nama Malaysia apabila terpilih untuk menjadi penunggang MotoGP untuk pasukan Monster Yamaha Tech 3 pada tahun 2018. Hafizh telah dipilih kerana menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan ketika sesi ujian walaupun ia adalah kali pertama dirinya menunggang jentera MotoGP.

Mempunyai nama gelaran “El Pescao 55”, kejayaan Hafizh Syahrin menjadi penunggang MotoGP pertama dari negara kita dan juga Asia Tenggara merupakan satu inspirasi buat kita semua. Melihat potensi dan pencapaian penunggang muda ini, Digi telah pun mengalu-alukan kehadiran Hafizh Syahrin untuk menjadi sebahagian daripada keluarga “Malaysia’s Largest Network”.

Kerjasama antara 2 nama besar ini memang sangat tepat sekali kerana ia amat bersesuaian dengan tagline Digi iaitu “Let’s Inspire”Digi telah memberikan Hafizh Syahrin pelan Digi untuk memudahkan Hafizh membuat panggilan telefon ke Malaysia setiap kali berada di luar negara. Tidak cukup dengan itu,  ia juga memudahkan penjagaan akaun dan juga perkongsian kuota internet bersama ahli keluarganya.

Pihak Beautifulnara telah menerima video dari pihak Digi mengenai Hafizh Syahrin. Bila dengar cerita mengenai karier Hafizh dalam sukan permotoran ini, kami amat kagum dengan usaha gigih beliau walaupun hampir gagal beberapa kali.

Semoga dengan kerjasama hebat ini, Hafizh Syahrin dan Digi akan terus memberikan inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia untuk berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi. Khas buat Hafizh Syahrin, teruskan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dalam MotoGP.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...