Menjelangnya Aidilfitri ini, pastinya ramai sudah berpusu-pusu membeli persiapan raya seperti kuih-muih dan juga baju raya.
Pelbagai rekaan baju raya pastinya membuat anda di luar sana rambang mata untuk memilih yang terbaik dan cantik, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Namun, satu perkongsian daripada pengguna media sosial TikTok ini telah mengundang persoalan daripada netizen kerana individu itu ada menunjukkan satu ‘design’ baju raya yang agak pelik.
Dalam video tersebut, individu itu telah mengunjungi sebuah kedai dan ternampak baju raya seakan baju melayu tetapi mempunyai kain di bawahnya.
Malah, ‘cutting’ baju tersebut tidak ubah seperti baju Melayu lelaki yang sering dipakai kaum Adam.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen keliru sama ada baju tersebut direka untuk lelaki ataupun wanita.
Dalam pada itu, ada yang tampil menjelaskan bahawa ‘design’ tersebut sudah lama wujud dan ia dikenali sebagai baju kurung cekak musang yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.
Tu namanya baju kurung cekak musang, zaman 60-an. Zaman maksu ni. Nostalgia gitu.
Jangan pelik tau guys kalau ada yang pakai baju ni nanti!