Anda mungkin merupakan seorang peminat tegar MAC di mana sanggup membeli 5 batang lipstick Ruby Woo semata-mata bimbang kehabisan stok pada saat genting.Atau anda seorang kaki mekap tegar dimana sanggup bersengkang mata menunggu di depan komputer untuk melihat pelancaran koleksi terkini dan terhad dari MAC.Tapi meski anda merupakan peminat tegar Makeup Artist Cosmetic (MAC) ini,ada beberapa perkara yang mungkin anda tidak tahu mengenai MAC.
#1-Sejarah Penubuhan MAC
MAC Cosmetic tercetus apabila seorang makeup artist dan photographer merasa sangat kecewa melihat hasil makeup yang sangat teruk pada gambar yang diambil.Pada tahun 1984, pemilik salon kecantikan Frank Angelo dan jurugambar Frank Toskan mencipta M.A.C. cosmetics di dapur mereka untuk memenuhi keperluan makeup yang profesional.Mereka memutuskan untuk menghasilkan produk mereka di dalam bekas bewarna hitam yang menjadi signature mereka sehingga ke hari ini.
#2-Madonna Pencetus Revolusi
Revolusi pertama MAC mula tercetus apabila Madonna memakai intense matte red lipstick keluarannya untuk sesi photoshoot pada tahun 80-an.Madonna juga turut mengenakan T-shirt MAC pada ketika itu dan sejak itu jenama MAC mula dikenali ramai.
#3-RuPaul Jurucakap Viva Glam pertama pada 1994
Sementara syarikat gergasi lain menggunakan khidmat supermodel untuk menaikkan jenama mereka,MAC sebaliknya dengan mencari ratu drag dari Atlanta yang popular ketika itu iaitu RuPaul untuk kempen Viva Glam dengan menggunakan tagline : “Kami tidak akan memandang rendah pada awak, dan kami tidak akan menakut-nakutkan anda, kerana kami tahu apa yang ingin dipilih oleh anak-anak yang hebat”
#4-MAC Memonopoli Jualan Lipstick Tertinggi.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Kumpulan NPD pada tahun 2012, jualan lipstik M.A.C mengalahkan L’Absolu RougeLancôme dan Estée Lauder. Hari ini, M.A.C. telah dijual di 106 negara dan wilayah.
#5-Hampir Kesemua Solekan Natalie Portman Dalam Black Swan Adalah Dari MAC
Bagi mereka yang megikuti dan telah menonton filem Black Swan pada tahun 2010,mungkin mempunyai rasa ingin tahu mengenai solekan yang dikenakan oleh Natalie Portman dalam filem tersebut.Untuk makluman anda,hampir kesemua solekan Natalie dalam filem tersebut menggunakan produk dari MAC.
#6-Diskaun 40% Untuk Makeup Artist
Tuah badan bagi mereka yang memegang profesion sebagai Makeup Artist kerana golongan ini boleh mendaftar program yang disediakan oleh MAC iaitu MAC-Pro Membership Program yang menawarkan banyak kelebihan antaranya diskaun 40% untuk setiap pembelian.
#7-Di Sebalik Warna Adanya Seorang Lelaki Hebat
Siapa sangka,di sebalik cetusan idea dan konsep menarik di MAC datangnya dari seorang lelaki.Pada tahun 1998,Estee Lauder telah membeli MAC dan pada 1999 James Gager menjadi Pengarah Kreatif syarikat.Dia bertanggungjawab untuk memikirkan konsep warna dan bahan pemasaran untuk MAC pada ketika itu.Falsafah beliau di sebalik mewujudkan M.A.C. produk? : “Saya tidak cantik, saya tidak suka cantik dan terus terang, saya dapati ianya perkara yang cukup membosankan.” Seolah-olah bekerja sejauh ini.