“Untuk Ilustrasi Semata-Mata..” – ‘Interior Designer’ Mohon Maaf Atas Kritikan Reka Bentuk Dalaman Rumah Mewah Aliff Syukri

Kehidupan

“Untuk Ilustrasi Semata-Mata..” – ‘Interior Designer’ Mohon Maaf Atas Kritikan Reka Bentuk Dalaman Rumah Mewah Aliff Syukri

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kurang puas hati apabila kediamannya dikutuk oleh seorang pereka dalaman melalui sebuah video. Tak lama kemudian, individu tersebut telah tampil membuat permohonan maaf setelah didakwa ingin dikenakan saman.

Permohonan maaf terbuka

Berdasarkan sebuah kenyataan rasmi yang dimuat naik di media sosial, individu yang bernama Filla Ismail ini telah memohon maaf kerana tiada niat untuk menyindir rumah usahawan itu. Dia juga menjelaskan video tersebut hanyalah untuk tontonan orang ramai sebagai konten bagi syarikat interior design itu.

Advertisement

Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam video tersebut, khususnya mengenai reka bentuk dalaman rumah Datuk Seri Aliff Syukri bertujuan untuk ilustrasi semata-mata dan bukan untuk diambil sebagai kenyataan fakta.

 

Sebagai tanda hormat, kami ingin menghulurkan rasa maaf terhadap Aliff Syukri sekiranya pendapat atau komen yang disebut dalam video itu telah menyebabkan salah faham terhadap Aliff.

aliff syukriSumber : TikTok  

Sedia untuk bersemuka

Bukan itu sahaja, Filla juga memberitahu dalam kenyataan yang sama bahawa pihaknya siap sedia untuk berjumpa dengan usahawan itu sekiranya masih ada yang ingin dibincangkan mengenai isu tersebut.

Kami telah mengambil tindakan untuk memadam video itu selepas sahaja kami menerima DM bagi mengekalkan hubungan baik antara kita dan mengelakkan sebarang informasi palsu tentang isu ini disebarkan.

 

Kami juga mengalu-alukan peluang untuk berjumpa secara langsung bagi berbincang tentang perkara ini dan mencari jalan penyelesaian jika ada sebarang keraguan.

Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai pereka dalaman memuat naik video di TikTok mendakwa rumah Aliff Syukri tidak memiliki rekaan dalaman yang mewah dan elegan serta terlihat seperti kedai Tom Yam.

aliff syukri
4 weeks ago

"Ni Rumah Tercantik Mewakili Malaysia" - Rumah Banglo Dikritik Macam 'Kedai Tomyam', Aliff Syukri Saman Pada Pereka Dalaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...