“Untuk Dia Pakai Pergi Tarawih” – Keluar Modal RM12K, ‘Founder’ Jahit Telekung Bertatah 5000 Batu Kristal Swarovski Untuk Isteri

Kehidupan

“Untuk Dia Pakai Pergi Tarawih” – Keluar Modal RM12K, ‘Founder’ Jahit Telekung Bertatah 5000 Batu Kristal Swarovski Untuk Isteri

Seorang jejaka yang bergelar sebagai seorang suami iaitu Syed Muhammad Syah Hasif Othman telah membuat para suami di warganet berasa tergugat selepas dia menjahit sendiri telekung mewah bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski, hasil perbelanjaan sebanyak RM12,000.

Kejutan buat isteri tercinta

Kata lelaki terbabit, telekung tersebut dijahit sendiri olehnya daripada awal hinggalah akhir penghasilan telekung itu dan ia memakan masa seminggu saja untuk dia siapkan.

Advertisement

Menurut Syed, kali ini pemberian hadiah sedikit berbeza kerana mahu isteri dapat menggunakan ia dalam jangka masa yang panjang.

Rupanya isteri dah lama teringin..

Difahamkan juga, si isteri sudah lama ‘mengidam’ mahu memakai telekung sedemikian tetapi tidak meminta dan daripada situ Syed terfikir mahu melabur untuk pakaian ibadah buat isteri tercinta.

Soal pemberian hadiah istimewa ini sememangnya tidak tahu oleh isteri kerana Syed mahu menjadikan ia sebagai kejutan.

Dalam pada masa yang sama, dia turut berharap agar isteri menyukai pemberian hadiah telekung mewah itu dan menjadikan ia sebagai kenangan terindah kerana hasil kerja tangan esklusif daripada Syed.

Bella Astillah
2 months ago

Bella Astillah Jual Batang Buruk & Biskut Red Velvet - "Saya Buat Semua Sendiri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...