“Untuk Apa Segala Perbandingan Ini?” – Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Ini Respon Cef Wan

Kehidupan

“Untuk Apa Segala Perbandingan Ini?” – Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Ini Respon Cef Wan

Cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan meluahkan rasa kurang senang dengan sikap individu yang cuba membandingkan dirinya dengan pempengaruh dan usahawan Khairul Aming.

Dalam satu hantaran Instagram, Cef Wan memuat naik video individu tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan membuang masa dan tidak wajar dilakukan.

Advertisement

Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing.Apatah lagi untuk menghabiskan semua masa yang positif dan berharga untuk menghasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial.

Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza?

Tulis Cef Wan lagi, jika sumbangannya dalam industri hiburan dan kulinari di negara ini tidak dihargai, perkara itu tidak menjadi kudis buat pemilik nama  Redzuawan Ismail itu.

Selepas 34 tahun kerjaya saya di televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun, tak berkudis badan saya.

Ingat, kita semua ada momen sendiri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan.

Dalam pada itu, Cef Wan berkata dia tidak pernah berasa dengki dengan pencapaian Khairul Aming malah berbangga dengan kejayaan usahawan itu.

Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya. Selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar dan memenatkan.

Jika orang berjaya pun kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zaquan adha berang
2 hours ago

Zaquan Adha 'Mengamuk' Diminta Untuk Bawa Ibu Jenguk Anak-Anak Di Bawah Jagaan Rita Rudaini - "Tak Tahu Apa-Apa Jangan Sibuk Masuk Campur"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...