Untuk Apa Cari Pengganti, Saya Selesa Hidup Bertiga – Rita Rudaini

Hiburan

Untuk Apa Cari Pengganti, Saya Selesa Hidup Bertiga – Rita Rudaini

Gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali, Rita Rudaini tidak mahu mencari pengganti dan selesa untuk hidup bertiga bersama dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin serta Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan bersama bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan.

Advertisement

Saya tidak pernah berasa lelah jaga dua orang hero, malah saya rasa selesa menjaga mereka seorang diri.

Ramai orang cakap kahwinlah dan cari bapa baharu kepada anak-anak. Pada saya, untuk apa nak cari pengganti sedangkan saya selesa hidup macam ini (hidup bertiga). Ada juga yang kata kalau ada suami lebih mudah jaga dua orang anak yang sedang membesar. Saya rasa sama sahaja. Kebanyakan memang ibu yang uruskan anak-anak berbanding suami.

Disebabkan itu, saya tiada hati untuk berkahwin. Banyak faktor lain juga. Saya takut orang tak sayang anak saya. Selain itu, saya tidak mahu lagi penat menjaga hati lelaki. Tapi saya juga tidak dapat menolak andai Tuhan menentukan jodoh saya dengan seseorang selepas ini.

Rita sudah dua kali ditakdirkan untuk berkahwin dengan mereka yang mempunyai pasangan kembar dan ironinya beliau tidak dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina sehingga akhir hayat. Ada yang mengatakan ia ibarat satu “sumpahan” buat Rita dan salah satu punca beliau bercerai.

Jodoh sudah tertulis. Saya juga tidak minta untuk berkahwin dengan pasangan kembar. Perkara kembar atau usia lebih muda bukan masalah kepada perceraian tetapi ia sebenarnya bergantung pada sikap seseorang itu dan macam mana pendiriannya.

Sebenarnya tidak kisah lah kalau kita kahwin dengan orang kembar ataupun bukan, kalau sudah tiada jodoh nak buat macam mana bukan? Mungkin Allah itu pertemukan kita dengan orang yang salah sebelum dijodohkan dengan orang yang betul-betul sesuai buat kita dan mampu menyayangi kita seadanya.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...