Universiti Taizhou di wilayah Zhejiang telah mengubah suai tandas awam dalam premisnya yang sudah bertahun tidak digunakan kepada 35 ruang belajar. Ia dibuka kepada pelajar sejak April lepas, lapor China News Daily.
Bilik belajar itu dibuka kepada kebanyakan pelajar senior yang membuat persediaan untuk peperiksaan kelayakan sarjana.
Seramai 93 orang pelajar telah membuat permohonan untuk menggunakan bilik belajar itu. Ia mendapat sambutan hangat sehinggakan tiada lagi kekosongan sehingga semester depan.
Lagi beberapa gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kos pengubahsuaian bilik mandi itu dianggarkan kurang dari 20,000 yuan (RM12,462).
Shan Renwei, seorang pensyarah berkata:
Untuk pengubahsuaian, kami cuma cat semula dan pasang soket elektrik di bekas tapak bilik mandi itu.
Chen Kang, seorang pelajar yang memulakan ulangkaji di bilik itu berkata dia boleh memberi lebih tumpuan bila belajar di situ kerana kurang gangguan. –amazingnara.com