Written by serenity | October 7th, 2016

Kesahihan ijazah doktor falsafah Azizan Osman, seorang penceramah motivasi ialah subjek yang telah dibincangkan bertahun-tahun lamanya. Malah, seorang penulis blog penipuan perniagaan online, Aidid Muaddib juga pernah menulis mengenai dakwaan Azizan pada tahun 2010. Aidid dikenali sebagai seorang penulis blog yang mendedahkan penipuan perlbagai individu dan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM).
 photo 51475198788_AzizanOsman.jpg
Sebelum ini Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Antarabangsa Kuala Lumpur (IUAM) telah menafikan pernah mengijazahkan sijil Doktor Falsafah kepada Azizan Osman.

Bagaimanapun, Azizan semalam mendakwa dia telah mempunyai PhD dalam bidang Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat (AS) dan kini sedang berada dalam senarai untuk menerima Ph.D dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK).


Berikut adalah salinan penuh kenyataan tersebut :

KENYATAAN RASMI
PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.

Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami.

Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera.

Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebook www.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedIn www.linkedin.com/in/drazizanosman.

Laman web rasmi syarikat adalah www.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di [email protected]

Namun begitu, Pseudoscience Watch (PW) telah membuat hujah meragui kenyataan tersebut.

1. Ph.D dari Gordon University – Gordon University ialah diploma mill. Maka, Ph.D dari Gordon University adalah phd palsu.

2. Memenuhi syarat Ph.D di Universiti Hertfordshire. Belum dianugerahkan Ph.D  lagi. So, buat masa ni, dikira masih belum ada Ph.D. Elok juga ditunjukkan bukti jelas tentang Ph.D  tersebut nanti kerana memang ada sindiket jual kelayakan palsu berleluasa di alam maya. Sijil palsu dari Hertfordshire University juga ada dijual.

3. Berkenaan Ph.D UM. Wakil? Ijazah Kedoktoran Kehormat mestilah diterima dalam majlis konvokesyen. Jika awak tak terima, memang tak ada la. Sungguhpun ada penipu yang cakap wakil UM, dah kalau awak tak pergi ambik masa konvokesyen, kira mmg tak ada la. Macam mana boleh guna “Ph.D” tu? Kata banyak Ph.D, takkan tu pun tak tahu?

4. Phd UKM dan IUKL adalah kesilapan kakitangan? Takkan lah Azizan tak tengok langsung profile LinkedIn dia? Ph.D dari UKM tu jelas tertulis di profile LinkedIn dia.

Jadi bagi saya, jawapan Azizan tentang perkara ini jelas, sekadar cuba menutup penipuan dengan penipuan. Juga, dia masih belum boleh menggunakan gelaran “Dr.” kerana dia masih belum memiliki sebarang Ph.D yg sah.
-VN-

Merujuk PW, dalam satu laporan berita oleh The Courier Online pada tahun 2013, terdapat satu sindiket yang memjual REPLIKA sijil ijazah Ph.D berharga £1,000 (RM 5139.74) dan Universiti Hertfordshire termasuk dalam senarai replika tersebut.

Melalui carian, penulis telah membaca satu artikel yang ditulis oleh Jason Morris dari EmployeeScreenIQ. Laman web ini menulis mengenai kepentingan bagi majikan untuk mendapatkan kesahihan maklumat kelayakan pendidikan bakal-bakal pekerja untuk mana-mana organisasi.

Ini kerana ramai yang menipu kelayakan pendidikan.

Jason memberitahu yang dia telah membeli sijil ijazah sarjana dan Ph.D dari Universiti Gordon (Azizan mendakwa menerima Ph.D dalam Metafizik dari universiti ini) dengan harga USD 295 (RM 1225.68), dan ia memang palsu. Dia menggantung sijil-sijil itu di dinding pejabatnya untuk membuktikan ia senang didapati.
 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.50.00 AM.png

Malah, seorang pengguna Facebook, Hairul Hasnan memberitahu telah menghantar e-mel kepada Universiti Hertfordshire di UK dan dia dibalas dengan e-mel yang mengandungi satu surat ditandatangani oleh Anne Edwards, Pendaftar di Universiti Hertforsdhire.
 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.55.33 AM.png

Anne menyatakan Universiti Hertfordhshire tidak mempunyai rekod mengenai individu bernama Azizan Osman dan menyifatkan dakwaan Azizan ialah berbentuk penipuan (fraudulent).


 photo 14556791_10210482712602098_3596631086462913529_o.jpg
Malah, netizen mempersoalkan sekiranya Azizan mempunyai Ph.D, di institusi manakah dia menjalani pengajian ijazah sarjana muda (Bachelor’s Degree) dan Ijazah Sarjana (Masters)?


 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.34.08 AM.png

Penulis mengakhiri artikel ini dengan satu tweet kelakar di Twitter.

 


PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

85 responses to Universiti Hertfordshire Nafi Ada Pelajar Bakal Penerima Ph.D Bernama Azizan Osman?

  1. kole susu says:

    iNi lah budaya orang melayu, asyik nak menipu, memperdajalkan orang, korupsi, ambil senang tak nak bersusah payah dan nak cepat kaya. Macam pentabiran umno dan PAS. Pasal tu hutang negara berlipat ganda, rakyat hidup susah, gst kena bayar, kerje tak de, rakyat merempat tetapi pemimpin hidup mewah dengan menipu rakyat.

    46

    3
    • neutral says:

      budaya yg diperkenalkan di era tun mahathir umngok juga la. sekarang najib naik, masaalah ni mana kan selesai? sebab dah jadi budaya melayu2. mcm mafia di italy dan korupsi di indonesia. sampai bila2 la msia mcm ni.

      10

      12
      • kak nam says:

        perlu diingtkan ye. haram korang makan duit hasil dr menipu ni.

        x kira lah menipu ijazah ke, jual pil pemutih made in filipina ke…jual tudung murah vietnam tapi jual mahal ke..apa ke.

        ada je unsur2 penipuan, jatuh haram. korang jgn sebarangan. hukum tu woi. di laknat nanti org2 mcm ni. berat tahu ke?

        hentikn lah!!!!

        32

        0
      • spy says:

        ijazah phd tipu, gelaran dato tipu, jual jus delima konon mujarab tipu padahal air sirup, jual pil kolagen tipu padahal susu tepung lemak uri lembu. apa nak jadi malaysia ni huh?

        31

        0
        • Anonymous says:

          Masalahnya ialah orang Melayu sendiri ~ mudah terpesona, kagum dan “jatuh hati” dgn orang yang membuat dakwaan berbagai2.. Tidak tahu menyelidiki atau menyiasat sama ada dakwaan itu benar atau tidak masuk akal. Malah, melarang sesiapa daripada mempertikaikan “credibility” orang yang mendakwa “dirinya hebat” itu. Sekarang dah terkena… (itu pun setelah Dr. Azizan ni dah kaya-raya)

          23

          0
        • mercury says:

          bila tak ada permintaan, takde lah penawaran..org2 bodoh di malaysia yg menjadikan kaki penipu mcm azizan osman dan lain2 tumbuh bagai cendawan..

          15

          0
      • ngeh says:

        umno telah memperkenalkan budaya, sederhana/mediocre pun xde hal beb janji boleh kaya raya. janji pandai putar dan jilat bontot org atasan.

        6

        6
        • joshua says:

          What is wrong with you, lunatic… Nilah bangsa melayu, suka kondem bangsa sendiri je. Sikit2 umno sikit2 kondem umno. Bangsa lain yg duk menipu di utara tak nak kondem ke? Kenapa tak siasat sekali. Kalau dgn bangsa sendiri bkn main lagi berani mengutuk, tapi kalau bangsa lain, takut, & tutup sebelah mata….
          Seblm mengutuk tu, cermin diri dulu, dah sempurna ke tak. Ni pandai bercakap je…..puuuii !!!

          18

          6
        • Anonymous says:

          masalahnya bkn org persoal condemn ilmu ke telent ke ape bende, masalah dia adalah menipu PHD yg konon dia miliki… paham tak tipu? menipu? di tipu? tertipu? menipu? penipuan? penipu? dll… takda citer pasal ilmu,ribut,billionaire,rezeki, tamadun dan segala mak nenek… jgn nak jilat sgt.. kalau tipu tu mengaku je lah.. minta maaf settle… tak yah nak Dr Dr sgt.. Bill Gates , Steve Job , Mark Zuckerberg tak pakai Dr pon.. sengal !!!

          7

          0
      • Anonymous says:

        And for those people who backup Mr. Azizan Osman about his imaginary Ph.Ds, I want to tell you something. We work our damn ass off siang malam untuk dapatkan Ph.D dan perkara ini bukannya mudah. And as a motivator expert yang dok bagi nasihat suruh buat perkara baik, adakah tindakan dia menipu pasal latar belakang pendidikan dia tu dianggap mulia?? Fikir-fikirkan. Thanks. Hukum tolak tepi janji kaya. Melayu2 sekarang..haram halal kira blakang.

        57

        0
        • cricket says:

          Anon….Show us the proof you too have a PhD….cakap je mengarut2. Dont think people like you have a PhD, just look at your level of english, couldn’t even comment in english……..should have gone back to school. & learn the basics of english. ..

          2

          64
        • baby1 says:

          Oi cricket,

          It doesnt matter whether he or she commented in English or other languages.English is not a sign of education and intelligence .Im pursuing my master right now, oversea, and it is quite hard yeah.I couldnt imagine how these PHD people struggling with their researches and papers.phewwww

          Estupido la kau ni

          51

          -1
        • Not a doctorate. Not interested. says:

          Doctor bace blog gossip gak ye. Busykan diri buat research doc, help our country grow. Only handful doctorate graduates are good. Others they are only good with theories especially in technical field. So I am so not impressed with whatever hardwork you ve been through until you prove your work. I see lots of people from private sector who are far better than ya’ll in term of knowledge and experience. Kk don’t get all over the moon with your title. :P

          4

          17
        • Alahai says:

          Gossip is an entertainment asshole! Penipu kau sanjung, pembaca gosip ko hentam. Menipu salah, baca gosip tak.

          17

          0
        • Zanith says:

          Btoll… strongly agreed.. sembang lebihhh .. dr konon… berangan ! Beribu dh menipu.. cmno nak mintak ampun kt org…

          0

          3
      • LOL says:

        Doktor lawak sgt… memang ada iras iras Angah Raja Lawak. Apasal kau sendiri x kurus2? Takde motivasi eh?
        hehe

        19

        0
      • Anonymous says:

        lepas satu penipuan ke satu penipuan yg lain. gali gali gali gali lobang. gali lobang tutup lobang jantung berlobang………kalau betul ambik phD dah kurus agaknya bab stress nak kena buat thesis, research & etc

        8

        0
    • Dr Vida La Loca Layola says:

      Org lain study berpeloh jubor2 berhempas pulas ko senang2 mengaku ada PhD. Puih!!!!

      24

      0
      • Geram says:

        Dah kantoi lagi mau hingar bingar. Badak ni mmg x tau malu. Hauk punya pakar kencing lapar duit!

        3

        0
    • Anonymous says:

      #ASSALAMUALAIKUM_SALAM_JUMAAT…..
      Bila Kita Belajar Redha Allah S.w.t…Akan Memberi Kita Rasa Bahagia….Insyaallah Aamiin

      12

      0
    • ViralKan says:

      Biodata Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Rasuah RM53 Juta
      Dalam Negeri
      Biodata Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditahan SPRM kerana mengumpul kekayaan rasuah berjumlah lebih RM53 juta. Dia turut bersubahat dengan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Teo Chee Kong dalam mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010. Namun, kesemua projek melibatkan Jabatan Air di Sabah telah diseleweng dan tidak disalurkan ke infrastruktur yang sepatutnya. Difahamkan, kesemua wang disonglap untuk kepentingan sendiri dan memonopoli semua projek jabatan air kepada adik beradiknya. SPRM turut menjumpai kesemua duit RM53 juta itu di tiga lokasi berlainan melibatkan rumah, pejabat dan peti simpanan di bank. Manakala duit rasuah RM3 juta ditemui di kediaman timbalan pengarah jabatan air Teo Chee Kong manakala selebihnya diseleweng oleh Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

      2

      0
    • Pening says:

      Mmglh ape yg azizan buat tu slh tp dh mmg dkt malaysia ni dh lme dprknlkn bdaya tpu2 ni dato ke dr ke x de beza…rmainye yg nk tlg confirmkn phd azizan tu.hihi…tp yg bgus tntg die adlh cramah yg die bg…kakak sye dn kwn2 die yg lpsn phd pun dgr cramh dr die…dn dlm cramah die bnyk pengisian yg blh dgunakn..

      0

      16
      • Aku wanita says:

        Dsbbkn kes azizan ni lh bks pakwe aku tgglkn aku die ckp aku mnipu buat phd..hahaha…abgg nara will u marry me???

        3

        2
        • MatlamatDokMenghalalknCaraGitu.. says:

          Ini bukan kes dia dah tolong ramai org, bangsa melayu, termasuk pangkat2 doctrate, even prof emeritus skalipun. Ramai ustaz dan penceramah lain yang sgt bagus delivery nya, pengisian mantop, padu, jitu tak perlu pun menipu sijil2 uni itu ini bagai. Dia kelepet kualifikasi Ph.D untuk tujuan bisnes beliau dan menipu itu salah dalam bangsa, budaya & agama mana pun – period.

          4

          0
      • misty sassy says:

        ilmu tu dia ambil dr internet dan buku2 marketing strategy..mungkin yr sister yg pergi tu takde ilmu dr sudut biz, tu sbb dia mudah tertipu sedangkan org2 yg dlm marketing/biz/yg sewaktu gelak2 aje dgr apa azizan cakap, sbb semuanya copy paste dr internet, dr buku..

        15

        0
        • Pening says:

          I x puji pun azizan tu tp at least ad jgk ilmu yg kte dpt dr die wlupun x de…n for ur info my sister get phd of business administration n now she work at cimb bank

          0

          11
    • mercury says:

      apa kaitan dengan melayu? jangan jumud sgt otak tu..waktu study di negara lain, bangsa lain di negara lain juga begitu..pengalaman sy berkerja dgn bangsa melayu, cina, malaysian indian, inidan from india, philipine, iban, westerners, mereka juga begitu..jadi bukankah ianya masalah individu?? besarkan sikit pandangan..jgn terlalu jumud..dan jgn terlalu nak tunjuk bijak sedangkan tidak..

      4

      3
    • pak maun says:

      Udoh udoh le dgn phd tipu tuu..guna ja encik apa la salahnya..takkan bila guna encik dh tak reti nk berceramah dh kott…dh byk u tk ngaku bagi phd..ngaku js lah..BERKATALAH YG BENAR WALAUPUN PAHIT wahai encik azizan…rezeki dtgnya dari Allah..bukannya pd gelaran phd ..phd palsu plk tuu..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    kantoi berlpis-lapis. sudahlah azizan hoi….balik pergi buat kerja sawah atau kelapa sakit je lah.

    12

    0
    • Anonymous says:

      join dr fazley yaakob.

      13

      0
      • Anonymous says:

        Fazley menipu ke? setahu aku dia study tp certificate dia tak diiktiraf…lepastu dia tarik balik gelaran doktor dia..tak sama kes dia ngan jijan dik…berhati2 dik bila berkata, takut jadi fitnah…

        15

        0
        • tipu tu dosa,.. says:

          Fazley Yakob tu PENIPU..BAPAK DIA PUN PENIPU..kedua2 nya terbabit dlm fake degree, masters dan Ph.D..dia buat degree punyalah laju (budak ambil short course pun tak selaju dia)..pastu buat masters pun complete dlm masa tak sampai setahun kalau tak silap..lepas tu Ph.D pulak..semuanya dibuat sbb apa? bapak dia Dato Yaakub, masa tu baik dgn PM Pak Lah, dpt jawatan dan dpt peluang utk dptkan lesen under education ministry..tu yg tertubuhnya Kolej tu..semuanya guna fake certificates..tapi kes Fazley ni tak kecoh sbb selepas disiasat, bukan Dato Yaakub aje yg terlibat, beberapa Menteri/Timbalan Menteri dan tah sapa2 org politik lagi yg beli fake cert ni semua..

          2

          1
        • killer bees says:

          Fazley tu penipu juga..Masters pun tipu, Ph.D pun tipu..degree dia pun silap2 tipu..sbb nak buka kolej kan..perlulah ada kelayakan..tapi kes dia senyap sbb kuasa politik bapak dia yg rapat dgn Pak Lah waktu tu..eh, lupa lak, bapak dia (Dato Yakub) pun join sekaki ada fake certificate tau..ada menteri dan timbalan dan mcm2 peringkat lagi yg join sekali..takkan tak tahu kot???

          12

          1
        • joyah says:

          takkan la sampai degree pun fazly tipu.. aku ingat lagi, dia sebaya aku masa amik spm, muka dia keluar paper sebab dpt best student SPM

          12

          0
  3. Kiah says:

    dah kantoi pun x serik2 bebal sunggoh. putar belit vavi, harap lingkup la syarikat korang. time to boycott….

    17

    0
  4. mira says:

    Azizan nie lebih baik sajer mengaku tak de PHD dari nak terus menipu utk menutupi kesalahan dia yang lain..tak de PHD pun org still datang ceramah dia. Kalau dah bagus tak perlu nak menipu orang, nanti buat org hilang terus hormat dgn dia.

    24

    0
    • susher says:

      elok dia wat listing semua universiti yg bg dia PhD tu, igt senang tahap gaban nak dapat Phd???

      10

      0
    • Chip says:

      Setuju. Dia masih boleh bagi ceramah semua, tak salah pun. Tapi kenapa mesti menipu? Sekarang ni dah hilang kredibiliti semua, cakap apa pun orang dah sangsi.

      Ada sebab kenapa sifat nabi yang pertama mesti siddiq / benar…

      27

      0
      • pink says:

        masih boleh bagi ceramah? PDRM kena ambil tindakan kes azizan ni sebab bukan saja dia menipu, tapi tujuan dia menipu adalah utk mengkayakan diri dia sendiri melalui bayaran2 yg diterima hasil keyakinan org terhadap kelayakan pendidikan dia..Skrg dah terbukti palsu, jadi mohon PDRM ambil tindakan..sy berharap ada laporan polis oleh peserta2 azizan osman tentang penipuan ini (boleh dikatakan penipuan terancang) maka akan dibuka kertas siasatan dan jika benar, harapnya dia boleh didakwa oleh pihak berkuasa..manakala peserta2 seminar azizan osman terutama yg membayar beribu2 tu bolehlah ambil tindakan saman sivil untuk menuntut ganti rugi atas penipuan kelayakan yg dibuat.

        16

        0
        • bakar says:

          kena buat report rasmi kawan.baru polis boleh ambil tindakan.report kat beautiful nara tak jadi apa.ini page utk bergosip

          5

          0
  5. Anonymous says:

    Azizan2… Ko ni tipu atas tipu. Berlapis-lapis tipu. Jangan ditegak benang yang lenjun.. Boleh di dakwa kat court ni sbb fraudulent. Patut la gemok semacam.. Makan hasil penipuan… Haram.

    24

    0
  6. Anonymous says:

    twitter last skali tu memang kelakar. hahaha

    18

    0
  7. Anonymous says:

    Jap lagi dia tipu pulak nama sebenar dia bukan Azizan Osman..
    Nama sebenar dia bla bla bla…

    5

    0
  8. esohku syg says:

    Kalau takde phd tu …ngaku jela. Tkperlu muat statement belit belit.. Kalo ngaku kan sonang. Mitak maaf. Orang pon tk akan kutuk bnyak sangat

    18

    0
  9. Anonymous says:

    he is full of shit…forget about him!

    11

    0
  10. sentap says:

    byk lagi yg menipu rasanya…beli PHD sana cni…ni baru sorg…blom lg yg kuar produk xda R&D…xda pgalaman…ntah dari makmal mana…x nak siasat ke…?

    5

    0
    • bb says:

      yaaa..setuju sgt2..dulu pompuan apatah yg philipine tu “kecantikan adalah bla bla setiap insan”..then si fazley yaakob, pastu si dato vida, azizan osman, yg mengaku Dr. perubatan pun ramai sedangkan mereka hanyalah pengamal perubatan alternatif..yg mengaku Proffesor Dr. Sir pun ada 3-4 kerat di Malaysia ni..Queen Elizabeth bagi gelaran Sir eh? hahaha..tapi paling malang adalah ADA RAKYAT MALAYSIA YG PERCAYA PADA DIORG NI, datang ceramah, bayar yuran, datang klinik, beli product, haishhh..begitu mudah rakyat ditipu dek org2 penipu mcm ni.. sebab apa?? sbb bodoh, kurang pendidikan, kurang pegalaman, NAK CEPAT KAYA, NAK SERBA SERBI DLM CARA YG PANTAS..so makin bodohlah org2 ni diperbodohkan..berhabis duit utk benda sia2..

      2

      0
  11. Anonymous says:

    umno…semuanya umno.

    4

    2
  12. Anonymous says:

    Ifa Radziah ..Dato….
    apa komen anda?

    8

    0
  13. Anonymous says:

    ADOI! MAKIN LAWAK DAH AZIZAN NI.

    udah2 ler nara citer pasal manusia penipu ni.

    4

    0
  14. Anonymous says:

    haram jadah betul la dia ni. ular gemok.

    4

    0
  15. Apa-apa jer lah says:

    Abang Nara..
    Lelaki ni siapa? Artis ke? Kalau bukan artis tolong jangan masukkan cerita lelaki penipu ni kat blog Abang Nara. Membosankan..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    doktur hanat !!!

    2

    0
  17. niinii says:

    universiti gordon tu pun universiti jual cert je oii

    9

    1
  18. Anonymous says:

    azizan ni sebenarnya hanya pencacai…dibelakang beliau ada team yg sangat besar yang kerjanya dah berpuluh taun menipu orang ramai…dari satu program ke satu program….dari satu cara ke satu cara….akhir zaman ramai pembohong besar kluar dan muncul dari pelbagai sektor…. berhati-hati semua. ni mcm nigerian scammer la..sindiket.

    10

    0
  19. PhD holder says:

    come clean jerlah. buka buku baru. talented person, sayang disebabkan menipu, hilang terus integriti. dunia belum berakhir, yg berakhir ialah penipuan. sepatutnya lega dan syukur. takdelah sampai mati jadi penipu. come clean, and kalau nak hadap sangat phd tu, register betul2 as a phd student kat mana2 universiti yang diiktiraf, korbankan 3-4 tahun utk hasilkan tesis, and jadilah yang awak nak jadi iaitu DR dalam erti kata sebenar. journeynyer mungkin susah/lambat, tapi berbaloi dari menipu and popular sekejap lepas tu jatuh lubang jamban tak boleh selamat. come on guys, cukup2lah kita berlembut dengan penipuan di sekeliling kita nih, dah terlalu banyak, dah muak dah. kita kiter perjuangkan integriti utk rakyat kita, bukan terus2an jadi mangsa penipuan orang bawah and orang atas. we have enough.

    11

    0
    • Lina says:

      Bagus komen ni.. Positif dan membina.. Ni lah betul cara komen bukannya maki hamun dan menghina..

      0

      0
  20. anon says:

    Skrg ni serba canggih. Nak menipu pun kena fikir seribu kali sebab semua info dihujung jari je. Semua benda blh check…..takyah lah nak menipu2 ni, wat malu je.
    Tak paham jgk dgn org2 yg suka menipu ni. Konon2 nak nampak gah dgn kejayaan yg hebat, tapi in the end memalukan diri sendiri je..

    10

    0
  21. GIGI KAPAK says:

    KU TENGOK AURA SI BADAK BERENDAM NI LEBIH KEPADA AUTA PENIPU DARI KEJUJURAN DALAM HATI…
    AURA AIR MUKA KELIHATAN KUSAM BERKERAK TAKDE SERI…..

    7

    0
  22. duh says:

    bukan azizan jer menipu. check jugak dr lawrence ng tu.
    gang2 jual kecantikan tu pun menipu.
    qu puteh lah ..aura white lah…terlajak laris lah….collagen lah… semua tu pun menipu.
    sat lagi jatuh lah biznes2 tu semua…..nak cepat kaya kan.

    11

    0
  23. zabedah zabit says:

    benda ni jadi sebab kita juga, nak percaya orang yang ada title, sebab kena tipu dengan dato,tan sri mcm boleh tahan lagi.. kalau kena tipu dengan peon tak boleh terima ,padahal sijil depa sama je…

    semua sebab demand dr kita.

    kalau dia buat speech ,berlandaskan SPM sahaja, korang semua kompom taknak pi kan? jadi.. tepuk dada tanya selera, nak berjaya kena doa dan usaha..

    sebab kalau berjaya from ada tipu, akhirnya ginilah..
    ini terjadi pun sebab nak bagi kita umat manusia jgn nak jadi macam lalat sangat , ada taik hurung reramai..patuut bersyukur, akhirnya Allah bukakan mata kita supaya dah tak di tipu, lepas dan diselamatkan oleh Allah tu, bersyukur lah, takyah la nak maki2 dia, tak dapat apa, kau dah kena tipu dah pun..

    pengalamamn, esok2 ajar kat naka2 supaya tak kena tipu macam korang..
    udah2 la dah kena tipu duk diam2 jgn nak pung-pang-pung-pang..nanti kau yang malu,hidup kena tipu,

    to, en azizan pun, sudah2 la statement. dari ko nak pung-pang-pung -pang,bauk duk diam dulu. dalam duk diam tu,cepat2 fikir mcmanan nak buat PHD yang betul.

    orang gemok, sapa nak ngaku kan? kecuali abam je.

    -zabedah zabit,
    -kerani tanpa PHD
    (Alhamdulillah,masih boleh struggle walaupun ekonomi membunuh rakyat jelata-

    5

    0
  24. brunes says:

    err di brunei orang siap backup dia lagi konon dia lah mentor sejati.. betul, peniaga muda di brunei menjadi kaya raya kerana mengikuti kursus dia. tapi from what i observe, teknik dorang ni very manipulative sangat. you will end up buying produk2 mereka ni because you WANT it bukan NEED according to marketing strategies yang dia ajar tu lah. siap yg jual tudong lagi, berbatakan nama Allah di sini sana.. i have mixed feeling about this. kadang2 niat peniaga pun bertukar kerana twknik brainwash dia yang tak bertauliah ni. if it works doesnt mean its the right thing to do.. hentikan lah membuat seminar2 dan brainwash orang untuk jual produk yang tak quality tapi marketing dia meninggi langit. budak2 yang belum habis sekolah lagi pun di galakan untuk berniaga konon katanya lebih berjaya, actually itu tiada masaalah tapi jangan lah buat mindset org kalau niaga tak payah belajar kat sekolah lagi. dari sana lah timbul masyarakat yang bodoh dan sombong. awak tengok lah sendiri mcm che ta dan zain serta fizo omar dan isterinya punya marketing strategy, dr azizan ni lah mentor mereka. walhal barang mereka biasa saja tapi mereka di ajar untuk manipulate pemikiran kita. mari boikot dr palsu ni, apa nak jadi dengan kira orang melayu?

    one love,
    concerned bruneian

    3

    0
  25. Mumia says:

    I started a joke
    And the whole world started crying
    I started to cry
    And the whole world started laughing
    Coz I didn’t know
    That the joke was on me……

    4

    0
    • Anonymous says:

      Ti I finally died, which started the whole world living
      If I had only seen
      That the joke was on me

      1

      0
  26. dangdut says:

    hoi gemok klau dah tipu tu ngaku saja lah..patut la gemok makan hasil duit menipu haramjadah

    1

    1
  27. Hurmm says:

    Sedangkan HANYA penipu pun ramai pengikutnya..apatah lagi Dajjal yang lagi hebat Powernya nanti..

    2

    0
  28. ziana says:

    Xpelah die pn dh kye raye rase2 x abis 7 kturunan

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Itulah. Next time jgn menipu. U need to create new lies to cover up the previous ones. Besides, zaman sekarang bukan zaman batu, information is just a click away. En Azizan, be a man and drop the Dr title. Admit u tipu. You are state of the art LIAR. Saya Ada terbaca Komen shahidan kassim yg lama bila Ada reportr tnya about case azizan Ni. Shahidan bgtau lebih kurang mcm Ni ” dia nk gantung kt rumah atau guna utk peribadi mmg x boleh nk buat apa2. Kalau nk ambil tindakan, kene buat undang2 Baru sbb masa Ni x Ada undang2 mengenai perkara Ni”. Yg Salah tetap salah. Peminat taksub azizan siap cakap yang PhD holders sebenar low mentality & mcm2. Menghina org yg benar2 bertungkus lumus buat PhD. PhD bukan senang nk dapat
    Now semua dh tau dia Ni kaki penipu. Liar liar ass on fire. What kind of man sanggup suap nasi ke mulut anak isteri hasil penipuan?

    0

    0
  30. Anonymous says:

    Psychology? Psychology falls under behaviorial sciences. So to have a PhD in Psychology. Your degree and masters pun kene dlm bidang psychology. Please. Stop menipu. Its getting pretty obvious you are a big fat liar

    6

    0
  31. Anonymous says:

    jgn lah menipu lagi.cukup2 lah tu..nnt Allah tarik nikmat2 lain. Jgn jadi tamak. Hidup ni sementara.

    4

    0
  32. ikan says:

    hahaha komen pipi gak win

    2

    0
  33. Wan Cik Fazira Erra says:

    Penipu..ada juga yg sokong. Bahlol betol..mmg hauk Melayu2 skg sanggup buat perkara keji demi RM

    1

    0
  34. AmJustCurious says:

    Yang saya mushkil, kenapa AO ni pakai baju ketat di lengan? Apa fungsinya? Apa motivasi yang boleh didapati drpd pemakaian mcm tu?

    1

    0
  35. aaakulahhh says:

    sendiri gemuk cm badak..berkerak…ada hati nk pakai baju ketat..
    sendiri pn x leh nk motivasi diri sendiri utk hidup sehat ke lahanat

    1

    0
  36. Anonymous says:

    kak ipar aku sampai buat loan gara-gara tak cukup nak hadiri ceramah die. sekali cerahan sampai rm5000 bayar ok. bayangkan klu 10 org. mane tak kaya

    1

    0
  37. Anonymous says:

    sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..hidup x berkat menipu org…fikir duit2 yg org bayar tu jatuh dr langit!!…dah jatuh tersungkur masih nak menipu…taubatlah..dunia dah tua…

    1

    0
  38. menipu dah jd budaya yg teruk says:

    benda ni org bongkar lama dah oii jg jd pemalas nak kena suap jer…pastu buat2 terkejut…jgn dok bergosip jer bersepah lg dr palsu kat luar tu dl paper ada dedahkan dlm tahun 2012 ada 200 org yg ada pemegang dr palsu dr kalngan ahli politik menteri pun ada dan juga ahli perniagaan…besok dr palsu ni jual produk ribu riban kita makan kita gak yg rugi…bukan si badak ni jer..lepastu dorg gn pulak retis2 promosi produk dorg..lebih teruk lg bl drg buat kolej x iktiraf..patutnya pendedahan x terhenti kat sini jer..itu x campur lg yg beli datuk…cina byk beli datuk berbanding dr sbb dr mudah sgt nak dedah..

    0

    0
  39. Romi says:

    30 tahun lalu saya membeli buku *Positive Thinking* berharga Rm5 .Ada 75 halaman.Saya membacanya 20x.
    Inti pati nya
    * Picture in your mind what you want to achieve repeatedly*
    Saya amalkan.
    Dalam masa singkat dapat membeli rumah jutaan dollar dan BMW320 yang baru.

    0

    0