Universal Music Malaysia Terbitkan Semula 32 Album Malar Segar EMI

Hiburan

Universal Music Malaysia Terbitkan Semula 32 Album Malar Segar EMI

Sempena meraikan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, Universal Music Malaysia dengan kerjasama Speedy Video telah menerbitkan semula lebih dari 30 buat album malar segar yang sangat popular sekitar 70an dan 80 an dahulu. Hashtag : #EMI24-bitseries.

Sebanyak 32 buah album asal LP telah dipasarkan dengan mengabadikannya semula dalam bentuk CD dengan format mastering terkini, 24-bit mastering. Album- album nyanyian Biduanita Saloma, Sharifah Aini, Tan Sri P. Ramlee, Ahmad Jais, Uji Rashid, DJ Dave, Black Dog Bone dan lain-lain ini merupakan album – album popular yang telah merangkul pelbagai anugerah dan penjualan yang banyak. Hampir kesemua lagu yang dimuatkan dalam album-album ini masih diminati peminat dan sering diputarkan di radio-radio tempatan. Album-album yang muatkan hampir 16 buah lagu setiap album ini dijual dengan harga cukup murah iaitu RM16.90 dan hanya boleh dimiliki di kedai-kedai rangkaian Speedy Video.

Advertisement

En. Mujahid Abd Wahab selaku Pengurus Operasi Domestik Universal Malaysia, menjelaskan bahawa sekitar tahun 60an sehingga 90 an, EMI terus unggul sebagai label yang paling aktif dalam menghasilkan album-album yang berkualiti dan popular. Menurut Mujahid,  proses rakaman album lama lebih jujur dan segar kerana kesemua alat muzik dimain dan dirakamkan secara langsung di studio. Nyanyian juga lebih asli kerana tiada langsung teknik atau alat seperti auto-tune untuk membetulkan nyanyian yang salah. Penyanyi dan pemuzik dahulu juga sangat berbakat dan kesemuanya digilap dari pemilihan atau audisi yang serius. Komposer dahulu juga sangat kreatif dan karya mereka benar-benar menepati citarasa muzik Melayu dan terkini pada zaman itu.
nostalgia

24- bit Mastering

Ketika ditanya tentang 24-bit Mastering, En. Mujahid menghuraikan serba ringkas bahawa teknologi mastering 24-bit merupakan antara teknologi digital terkini untuk proses mastering. “Teknologi digital memainkan peranan penting dalam dunia penyiaran. Seperti gambar kamera yang mempunyai resolusi yang tinggi, TV yang mempunyai teknologi HD dan begitu juga muzik yang dahulu hanya dari bunyian mono, berubah kepada stereo dan sekarang berbentuk digital stereo 16-bit dan 24 bit. CD yang diterbitkan dengan teknologi 24-bit mastering mempunyai bunyian yang lebih besar dan lebih enak untuk didengar. Buat pendengar biasa barangkali mereka tidak dapat dengar perbezaannya. Namun jika mereka benar-benar minat dan menghayati, serta mempunyai sistem audio yang baik, pasti mereka akan dapat menilai perubahan yang ada.”

Peraduan #EMI24-bitseries

Sempena meraikan bulan kemedekaan dan Hari Malaysia, Universal Music dan EMI Malaysia telah mengadakan peraduan #EMI24-bitseries. Peraduan ini terbuka sehingga akhir bulan September dan peminat lagu-lagu dan album-album malar segar boleh menyertainya dengan mudah. Mereka hanya perlu mendapatkan sebuah album ini di pasaran dan emel kepada [email protected] berserta CD dan jawapan-jawapan bagi soalan yang mudah. 10 pemenang bertuah bakal memiliki hadiah-hadiah istimewa dari Universal Music Malaysia.

Baca lebih lanjut untuk informasi penuh mengenai album yang diterbitkan semula dan cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan hadiah istimewa untuk 10 pemenang.

Senarai album-album EMI 24-bit Mastering : #EMI24-bitseries

No Artist Name Album Title
1 Rafeah Buang Bila Dikasihi
2 Saloma Pilihan Emas
3 Sanisah Huri Indah Di Sepanjang Perkenalan
4 Sharifah Aini Lagu Lagu Pujaan
5 Sharifah Aini Koleksi 16 Lagu Lagu Terbaik
6 Uji Rashid Kenangan Manis
7 Zaleha Hamid Dari Masa Hingga Masa
8 Ahmad Nawab Saxsational: Pop Instrumental
9 Ahmad Jais Pilihan Emas
10 Ismail Haron Ilham Pujangga
11 DJ Dave Kenangan Manis
12 P. Ramlee Pilihan Emas
13 DJ Dave Kenangan Manis Vol.2
14 P. Ramlee Lagu Cinta
15 Black Dog Bone The Best Of Black Dog Bone
16 Black Dog Bone Balada Cinta
17 Rahman Hassan Tak Mengapa
18 Royston & Francesca Siapa Dia Sebelum Daku
19 Uji Rashid & Hail Amir Asmara Bergelora
20 Various Artists Joget Kenangan Manis
21 Various Artists Koleksi 16 Lagu Lagu Terbaik Dangdut
22 Various Artists Selamat Pengantin Baru: Perkahwinan Pertama
23 Various Artists Selamat Pengantin Baru: Perkahwinan Kedua
24 Various Artists Top Hits 70’s
25 Various Artists Koleksi 16 Lagu Lagu Dato’ Ahmad Nawab
26 Various Artists Joget Kenangan Manis Vol.2
27 Various Artists Tudung Periuk – Orkes Ghazal Sri Maharani
28 Various Artists Rasa Sayang Eh
29 Various Artists Lagu Lagu Melayu Untuk Menari
30 Kamariah Nor Timang Banjar
31 Uji Rashid Tangisan Semalam
32 Freedom Pilihan Emas

Peraduan #EMI24-bitseries

Emelkan jawapan untuk soalan dibawah dan screencap resit pembelian dari koleksi #EMI24-bitseries ke [email protected].

1. Bilakan syarikat rakaman EMI Music mula bertapak di Malaysia?
a. 1960 b.1965 c.1969

2. Sebutkan dua nama bintang EMI yang mendapat gelaran Biduanita?
a. __________________________ b. ____________________________

3. Lengkapkan slogan dibawah tidak lebih dari 30 patah perkataan.
Saya meminati album-album dari koleksi #EMI24-bitseries kerana ______________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Lengkapkan info di bawah
Nama Peserta :
Emel :
No Telefon :

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...