Sempena meraikan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, Universal Music Malaysia dengan kerjasama Speedy Video telah menerbitkan semula lebih dari 30 buat album malar segar yang sangat popular sekitar 70an dan 80 an dahulu. Hashtag : #EMI24-bitseries.
Sebanyak 32 buah album asal LP telah dipasarkan dengan mengabadikannya semula dalam bentuk CD dengan format mastering terkini, 24-bit mastering. Album- album nyanyian Biduanita Saloma, Sharifah Aini, Tan Sri P. Ramlee, Ahmad Jais, Uji Rashid, DJ Dave, Black Dog Bone dan lain-lain ini merupakan album – album popular yang telah merangkul pelbagai anugerah dan penjualan yang banyak. Hampir kesemua lagu yang dimuatkan dalam album-album ini masih diminati peminat dan sering diputarkan di radio-radio tempatan. Album-album yang muatkan hampir 16 buah lagu setiap album ini dijual dengan harga cukup murah iaitu RM16.90 dan hanya boleh dimiliki di kedai-kedai rangkaian Speedy Video.
En. Mujahid Abd Wahab selaku Pengurus Operasi Domestik Universal Malaysia, menjelaskan bahawa sekitar tahun 60an sehingga 90 an, EMI terus unggul sebagai label yang paling aktif dalam menghasilkan album-album yang berkualiti dan popular. Menurut Mujahid, proses rakaman album lama lebih jujur dan segar kerana kesemua alat muzik dimain dan dirakamkan secara langsung di studio. Nyanyian juga lebih asli kerana tiada langsung teknik atau alat seperti auto-tune untuk membetulkan nyanyian yang salah. Penyanyi dan pemuzik dahulu juga sangat berbakat dan kesemuanya digilap dari pemilihan atau audisi yang serius. Komposer dahulu juga sangat kreatif dan karya mereka benar-benar menepati citarasa muzik Melayu dan terkini pada zaman itu.
24- bit Mastering
Ketika ditanya tentang 24-bit Mastering, En. Mujahid menghuraikan serba ringkas bahawa teknologi mastering 24-bit merupakan antara teknologi digital terkini untuk proses mastering. “Teknologi digital memainkan peranan penting dalam dunia penyiaran. Seperti gambar kamera yang mempunyai resolusi yang tinggi, TV yang mempunyai teknologi HD dan begitu juga muzik yang dahulu hanya dari bunyian mono, berubah kepada stereo dan sekarang berbentuk digital stereo 16-bit dan 24 bit. CD yang diterbitkan dengan teknologi 24-bit mastering mempunyai bunyian yang lebih besar dan lebih enak untuk didengar. Buat pendengar biasa barangkali mereka tidak dapat dengar perbezaannya. Namun jika mereka benar-benar minat dan menghayati, serta mempunyai sistem audio yang baik, pasti mereka akan dapat menilai perubahan yang ada.â€
Peraduan #EMI24-bitseries
Sempena meraikan bulan kemedekaan dan Hari Malaysia, Universal Music dan EMI Malaysia telah mengadakan peraduan #EMI24-bitseries. Peraduan ini terbuka sehingga akhir bulan September dan peminat lagu-lagu dan album-album malar segar boleh menyertainya dengan mudah. Mereka hanya perlu mendapatkan sebuah album ini di pasaran dan emel kepada [email protected] berserta CD dan jawapan-jawapan bagi soalan yang mudah. 10 pemenang bertuah bakal memiliki hadiah-hadiah istimewa dari Universal Music Malaysia.
Baca lebih lanjut untuk informasi penuh mengenai album yang diterbitkan semula dan cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan hadiah istimewa untuk 10 pemenang.
Senarai album-album EMI 24-bit Mastering : #EMI24-bitseries
No | Artist Name | Album Title |
1 | Rafeah Buang | Bila Dikasihi |
2 | Saloma | Pilihan Emas |
3 | Sanisah Huri | Indah Di Sepanjang Perkenalan |
4 | Sharifah Aini | Lagu Lagu Pujaan |
5 | Sharifah Aini | Koleksi 16 Lagu Lagu Terbaik |
6 | Uji Rashid | Kenangan Manis |
7 | Zaleha Hamid | Dari Masa Hingga Masa |
8 | Ahmad Nawab | Saxsational: Pop Instrumental |
9 | Ahmad Jais | Pilihan Emas |
10 | Ismail Haron | Ilham Pujangga |
11 | DJ Dave | Kenangan Manis |
12 | P. Ramlee | Pilihan Emas |
13 | DJ Dave | Kenangan Manis Vol.2 |
14 | P. Ramlee | Lagu Cinta |
15 | Black Dog Bone | The Best Of Black Dog Bone |
16 | Black Dog Bone | Balada Cinta |
17 | Rahman Hassan | Tak Mengapa |
18 | Royston & Francesca | Siapa Dia Sebelum Daku |
19 | Uji Rashid & Hail Amir | Asmara Bergelora |
20 | Various Artists | Joget Kenangan Manis |
21 | Various Artists | Koleksi 16 Lagu Lagu Terbaik Dangdut |
22 | Various Artists | Selamat Pengantin Baru: Perkahwinan Pertama |
23 | Various Artists | Selamat Pengantin Baru: Perkahwinan Kedua |
24 | Various Artists | Top Hits 70’s |
25 | Various Artists | Koleksi 16 Lagu Lagu Dato’ Ahmad Nawab |
26 | Various Artists | Joget Kenangan Manis Vol.2 |
27 | Various Artists | Tudung Periuk – Orkes Ghazal Sri Maharani |
28 | Various Artists | Rasa Sayang Eh |
29 | Various Artists | Lagu Lagu Melayu Untuk Menari |
30 | Kamariah Nor | Timang Banjar |
31 | Uji Rashid | Tangisan Semalam |
32 | Freedom | Pilihan Emas |
Peraduan #EMI24-bitseries
Emelkan jawapan untuk soalan dibawah dan screencap resit pembelian dari koleksi #EMI24-bitseries ke [email protected].
1. Bilakan syarikat rakaman EMI Music mula bertapak di Malaysia?
a. 1960 b.1965 c.1969
2. Sebutkan dua nama bintang EMI yang mendapat gelaran Biduanita?
a. __________________________ b. ____________________________
3. Lengkapkan slogan dibawah tidak lebih dari 30 patah perkataan.
Saya meminati album-album dari koleksi #EMI24-bitseries kerana ______________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Lengkapkan info di bawah
Nama Peserta :
Emel :
No Telefon :