Universal Dan Six Flags Akan Ambil Alih Projek Taman Tema Genting?

Trending

Universal Dan Six Flags Akan Ambil Alih Projek Taman Tema Genting?

Ramai yang kecewa saat Disney dan Fox membatalkan projek taman tema 20th Century Fox World yang sedang dibina. Walt Disney Co enggan bekerjasama dengan pihak Genting kerana tidak mahu dikaitkan dengan sebarang perniagaan perjudian dan membina sebuah taman tema berdekatan dengan kasino demi menjaga reputasi dan imej mereka.

Advertisement

Walaubagaimanapun, ada khabar angin terbaru mengatakan Universal Studios dan Six Flags mungkin akan mengambil alih projek taman tema tersebut.

Setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenai perkara itu, tetapi ianya tidak mustahil kerana Genting Group merupakan pemilik utama Universal Studios Singapore dibawah pengurusan Resorts World Sentosa (RWS) . Mereka mempunyai peluang cerah untuk mewujukan perjanjian bersama untuk meneruskan projek pembinaan taman tema yang sudah dibatalkan oleh Fox dan Disney itu.

Six Flags Entertainment Corporation, adalah sebuah syarikat taman hiburan yang berpusat di Amerika Syarikat. Ia adalah syarikat taman hiburan terbesar di dunia, berdasarkan jumlah harta yang dimiliki dan menduduki ranking no 7 di dunia.

Sumber Berita :  themeparx.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...