March 10th, 2014

Bertemu dengan Nur Hidayah Abdullah baru-baru ini membuka mata Abang Nara mengenai salah satu butik university di Malaysia iaitu UNIRAZAK. Banyak perkara menarik mengenai UNIRAZAK yang dikongsikan oleh Hidayah. Berusia 24 tahun dan berasal dari Sabah, Hidayah kini sudah pun mempunyai pekerjaan sebaik sahaja tamat pelajarannya di UNIRAZAK selama 3 tahun dalam bidang Islamic Banking & Finance.

dayah unirazak

Memasuki UNIRAZAK sebaik sahaja tamat STPM, Hidayah menolak tawaran daripada UPM dan UM kerana tertawan dengan persekitaran di universiti yang terletak di Caps Square, Kuala Lumpur ini. Mana tidaknya, dengan jumlah pelajar yang tidak ramai di dalam setiap kelas (sekitar 25 orang), para pensyarah dapat memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada setiap pelajarnya. Tambah menarik, setiap pelajar dan pekerja di UNIRAZAK (guru, admin, kerani dan lain-lain) saling mengenali antara satu sama dan mengambil berat antara sesame sendiri. Sedikit sebanyak kemesraan yang terjalin menghilangkan kerinduan Hidayah pada keluarga asalnya yang nun jauh di Sabah.

dayah unirazak

Keprihatinan pihak UNIRAZAK jelas terserlah apabila Hidayah mengalami kekangan daripada segi kewangan. Iyerlah, tinggal di Kuala Lumpur kesemuanya mahal belaka. Dengan kelulusan daripada pensyarah fakultinya, Hidayah dibenarkan untuk bekerja bersama bahagian Pemasaran UNIRAZAK. Sambil bekerja sambil menimba ilmu terutamanya daripada segi bersosial dengan orang ramai. Hidayah turun padang membantu apabila ada Ekspo Kerjaya. Paling penting, tempoh masa untuk bekerja dihadkan kepada 40 jam sahaja supaya tidak mengganggu tumpuan Hidayah terhadap pelajaran. Walaupun mendapat biasiswa daripada Yayasan Sabah, wang yang diperolehi hasil bekerja dengan UNIRAZAK ini sedikit sebanyak membantu Hidayah menampung kehidupannya sepanjang belajar di UNIRAZAK.

dayah unirazak

Bercerita mengenai pengalamannya belajar di UNIRAZAK, Hidayah memberitahu kelebihan university ini adalah pada pensyarahnya. Mengupas lanjut, kebanyakan pensyarah yang mengajar di UNIRAZAK pernah bekerja atau sedang bekerja di dalam industri. Contohnya salah seorang pensyarah Hidayah merupakan boss bank CIMB. Hasilnya, Hidayah bukan sahaja mendapat teori tetapi juga dapat mengetahui apa yang sebenarnya diperlukan apabila terjun ke dalam bidang pekerjaan kelak. Malah UNIRAZAK juga sering mengatur lawatan ke Bank Negara untuk memastikan para pelajarnya sedikit sebanyak terdedah kepada alam realiti apabila tamat pembelajaran kelak. Menarik bukan?

dayah unirazak

Sambil berbual-bual, Abang Nara dan Hidayah berjalan-jalan melihat kampus UNIRAZAK. Memang selesa, lengkap dengan kemudahan dan paling penting, tidak bising walaupun di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Abang Nara tertarik melihat perpustakaan UNIRAZAK dan makmal komputernya. Pelbagai jenis buku yang ada untuk rujukan para pelajar. Malah computer yang disediakan untuk kegunaan para pelajar pun cukup banyak dan tidak perlu beratur untuk menggunakannya. Ketika berjalan-jalan Abang Nara dapat lihat betapa semangat 1Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri kita jelas terserlah di UNIRAZAK. Hampir kesemua pelajar membuat “study group” yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Rasa terharu diri ini dibuatnya.

dayah unirazak

Apa yang paling mengujakan bagi Abang Nara ialah apabila mendengar statistik 90% graduan UNIRAZAK kesemuanya berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat pembelajaran. Rupa-rupanya para pensyarah akan mengaturkan tempat untuk para pelajar mereka melakukan praktikal. Hidayah sendiri pernah melakukan praktikal di Hong Leong Bank selama 3 bulan. Tambah menarik para pensyarah akan menyediakan beberapa tempat praktikal dan terpulang kepada para pelajar untuk memilih tempat yang dirasakan paling sesuai untuk mereka. Senang kata, memang segalanya terancang rapi di UNIRAZAK ini. Bermula daripada belajar sehinggalah melangkah ke alam pekerjaan. Terbaik bukan?

dayah unirazak

UNIRAZAK juga menawarkan biasiswanya sendiri untuk para pelajarnya yang bernilai RM750 sebulan. Andai boleh diputarkan masa, Abang Nara pun teringin nak belajar di UNIRAZAK. Kemudahan yang ada, kemesraan yang terserlah dan kursus-kursus yang ditawarkan memang sangat menarik. Hidayah adalah salah satu contoh pelajar UNIRAZAK yang telah berjaya. Banyak lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Hidayah, namun kalau korang nak tahu lebih, mungkin boleh pergi sendiri OPEN DAY UNIRAZAK yang boleh diketahui tarikh di Facebook UNIRAZAK. Abang Nara berani jamin anda akan berpuas hati dengan penerangan yang akan diberikan. Silap-silap akan terus daftar. Hehehe.
dayah unirazakUntuk informasi lanjut mengenai UNIRAZAK, layari www.unirazak.edu.my. Buat adik-adik yang baru tamat SPM dan sedang mencari university untuk melanjutkan pelajaran, bolehlah masukkan UNIRAZAK sebagai salah satu “shortlisted” university anda. Cubalah cari kot-kot ada kursus yang ditawarkan UNIRAZAK yang betul-betul anda minati. Mana tahu jodoh anda memang dengan UNIRAZAK. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...