Semalam, tular isu pekerja jenama pakaian berasal dari Jepun iaitu UNIQLO meluahkan perasaan diri mereka ditindas oleh brand berkenaan sepanjang bekerja.
Susulan ruangan komen hantaran di Instagram sudah dipenuhi dengan luahan marah staf, pihak UNIQLO tampil bersuara dengan menyatakan mereka komited dengan memastikan tempat bekerja bersikap adil, telus serta menghormati antara satu sama lain.
UNIQLO komited untuk memastikan tempat kerja yang adil, telus dan dihormati untuk semua pekerja.
Dalam pada masa yang sama, mereka turut menerima maklum balas daripada pekerja dengan serius, malah akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam agar tidak berlaku lagi di masa akan datang.
Sekadar info, ramai pekerja meluahkan rasa diri mereka ditindas sepanjang menjadi staf UNIQLO, hingga ada yang berkata termasuk menipu jika mahu pergi menunaikan solat serta alami depresi akibat tertekan bekerja disana.