Bersempena dengan filem One Piece yang terbaru iaitu One Piece Stampede, Uniqlo sekali lagi berkerjasama menghasilkan rekaan baju berinspirasikan filem tersebut.
Sebelum ini Uniqlo pernah bekerjasam untuk koleksi Shonen Jump dan yang paling terbaru ialah koleksi ulangtahun ke-20 tahun. Koleksi Uniqlo X One Piece Stampede ini mempunyai rekaan bercirikan dari filem terbaru ini. Tampil dengan rekaan yang boleh dimiliki oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Filem One Piece Stampede akan berada di pawagam seluruh Jepun pada 9 Ogos 2019 ini.