Uniknya, Keluarga Melayu Boleh Bertutur Lancar Dalam Bahasa Cina Dan India

Kehidupan

Uniknya, Keluarga Melayu Boleh Bertutur Lancar Dalam Bahasa Cina Dan India

Zaman sekarang ini ramai diantara masyarakat Malaysia sudah boleh bertutur dalam bahasa lain. Ini bagi memudahkan kita berinteraksi dengan mudah satu kelebihan kepada diri sendiri.

Begitu juga dengan keluarga ini, mereka semua boleh bertutur dalam 3 bahasa kebangsaan di Malaysia dengan sangat fasih walaupun mereka berbangsa lain.

Advertisement

Dipetik dari Free Malaysia Today, ibu bapa kepada 5 orang anak ini berasal dari Indonesia dah sudah menetap di sini selama 9 tahun bersama anak mereka.

Ibu keluarga ini kerja di kilang

Zehairi Mohd Ripin dan isterinya, Prasetia Ispati berkata, anak-anak mereka mahir bertutur dalam bahasa Cina, Tamil dan Melayu.

Dijaga oleh jiran India

Menurut ibu 5 anak ini, anak-anaknya pandai berbahasa Tamil kerana dijaga oleh jiran India mereka semasa keluar berkerja di kilang.

sekeluarga dijaga oleh orang India

Jirannya yang lebih dikenali oleh keluarga mereka sebagai Amma atau ibu dalam bahasa Tamil oleh anak-anak mereka yang menjaga mereka semua.

Saya pernah kerja di sebuah kilang dan jiran saya yang berbahasa Tamil menjaga anak-anak saya ketika saya bekerja.

Dari situlah kelima anaknya belajar bahasa Tamil dan banyak aspek budaya orang India sepanjang dijaga Amma.
sekeluarga

Saya sangat teruja anak-anak saya belajar budaya kaum lain. Saya turut belajar bercakap bahasa Tamil bersama mereka.

Hantar anak sekolah Cina

Bukan itu sahaja, pasangan ini juga memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah Cina untuk mempelajari bahasa Mandarin dan budaya kaum Cina.

Manakala jika di rumah, adik beradik ini akan berbahasa Melayu dengan bapa mereka.

Jika mereka keluar, mereka tidak perlu berbisik di depan orang ramai kerana mereka akan berinteraksi dalam bahasa lain.

Ramai keliru mereka bangsa apa

Jika si ibu keluar berjalan dengan anak-anaknya, ramai orang bertanyakan latar belakang keluarga ini kerana mereka bertutur dalam bahasa Tamil.

Kongsi rahsia cakap bahasa Cina

anak sulung

Anak sulung, Syafiqa, 18, berkata kebanyakan masa dia dan adiknya berbahasa Tamil, tetapi Mandarin digunakan ketika berkongsi rahsia bagi mengelak diketahui ibu bapa mereka.

Syafiqa berkata, menguasai bahasa berlainan memberi lebih banyak peluang kepadanya.

“Ini tidak menjadikan saya kurang Melayu, tetapi lebih seperti rakyat Malaysia.”

Farah merupakan anak bongsu yang berusia 11 tahun berkata:

Farah anak bongsu

Saya gembira dapat bercakap bahasa yang berbeza kerana boleh berkawan dengan kanak-kanak berbilang kaum.

Menurut anak kedua pasangan ini, Syah Putra, 17, berkata, kerana pandai bertutur dalam bahasa Tamil membuatkan beliau lebih menghayati muzik Tamil.

Syah Putra

Sambut Deepavali bersama di rumah jiran 

Mereka juga turut meraikan Deepavali bersama jiran yang menjaga mereka Amma, menurut anak perempuan mereka yang berusia 15 tahun, Dian.

Kami pergi ke rumahnya dan membersihkannya, serta membantunya membuat biskut tradisional, maka kami akan meraikan bersama.

Ibu kepada anak-anak ini sangat rapat dengan jiran mereka bukan hanya Amma, tetapi jiran berbangsa lain.

Rakyat Malaysia belajar bahasa lain

Menurut ibu ini, rakyat Malaysia saling mengenali antara satu sama lain dan berharap lebih penduduk di sini akan mempelajari bahasa “rakyat Malaysia”.

Tetapi keadaan sekarang menyedihkan untuk perpaduan negara. Ini kerana orang Melayu hanya bergaul dengan orang Melayu, orang Cina dengan Cina dan orang India bersama orang India.

Bagi ibu kepada 5 anak ini, rakyat Malaysia tak sedar dengan keunikan di negara ini. Sepatutnya kelebihan ini dijadikan sebagai kekuatan terbesar masyarakat di negara ini.

Apa yang menjadikan negara kita cantik ialah negara kita berbilang kaum.”

 

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu gunakan peluang yang ada utuk mempelajari bahasa lain. Jadi, apa tunggu lagi, jom belajar bahasa Cina dan India macam keluarga ini.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...