Biasanya orang ramai akan makan buah tembikai sebagai pencuci mulut memandangkan ianya lebih kepada sesuatu yang menyegarkan. Buah tembikai juga boleh diproses menjadi jus, ais krim mahupun salad.
Tapi korang pernah cuba atau tidak resipi tembikai goreng? Mungkin ada yang sudah pernah cuba namun hanya sekadar goreng tembikai disalut tepung.
Kali ini, salah satu resipi yang boleh korang cuba khususnya kepada individu yang hanya makan sayur atau vegeterian ialah tembikai goreng. Ini kerana teksturnya seakan-akan seperti daging wagyu tapi hakikatnya hanya buah tembikai yang digoreng dan diproses dengan cara yang berbeza.
Korang boleh tengok video yang dikongsikan oleh pengguna laman TikTok ini.
Bahan-bahan untuk sajian ini seperti berikut :
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahan yang tidak boleh digunakan khususnya bagi golongan muslim. Jadi, korang boleh mengubah suai resipi ini mengikut citarasa dan kehendak masing-masing.
Sebagai contoh, bahan masakan mirin boleh digantikan dengan satu sudu jus anggur dicampur dengan satu sudu jus lemon serta satu sudu gula manakala untuk sake pula hanya satu sudu jus anggur beserta dengan satu sudu jus lemon.
Selamat mencuba!