Unik, Menarik & Awesome!!! Digi Terbang Di Udara Lancarkan Plan Huawei P20

Hiburan

Unik, Menarik & Awesome!!! Digi Terbang Di Udara Lancarkan Plan Huawei P20

Terkesima dibuatnya apabila hadir ke lokasi majlis pelancaran plan terbaru Digi bersempena kehadiran telefon pintar terbaru dari Huawei iaitu P20 dan P20 Pro. Mana tidaknya, lokasi yang dipilih ialah AirRider Indoor Skydiving One Utama, tempat di mana kita boleh terbang seperti “Superman”.

Advertisement

Keunikan pelancaran plan istimewa Digi untuk Huawei P20 dan P20 PRO ini bukan sahaja menarik para penggemar gajet, malah orang ramai juga telah berpusu-pusu sejak jam 9 pagi untuk melihat aksi terbang yang bakal dipertontonkan. Enggan melepaskan peluang yang ditawarkan oleh pihak Digi, pihak BeautifulNara sendiri telah cuba untuk menjadi “Superman” sambil merasai dan menikmati sendiri kecanggihan Huawei P20 dan P20 PRO ini di udara.

Sebenarnya Digi mempunyai sebabnya yang tersendiri melancarkan plan istimewa ini di AirRider Indoor Skydiving One Utama. Ia adalah selari dengan plan terbaru rangkaian Digi menawarkan pakej jelajah ke seluruh negara tanpa had. Paling mengujakan, dengan hanya membayar harga serendah RM40, anda boleh menjadikan Huawei P20 dan P20 PRO ini milik anda. Promosi istimewa dan awesome ini telah bermula sejak jumaat lalu dan boleh didapati di mana-mana cawangan Digi seluruh Malaysia.

Apa yang paling best tentang plan Digi bersama Huawei P20 dan P20 Pro ini ialah ia mempunyai 120GB data Internet dan juga panggilan percuma. Memang puas hati sangat-sangat terutamanya untuk anda yang suka upload gambar ke Instagram. Gabungan kecanggihan teknologi Huawei P20 yang terkini dan pelan internet dari Digi ini pastinya membolehkan anda berkongsi apa jua yang diinginkan tanpa sebarang halangan.

Buat anda yang selalu travel ke luar negara, plan Digi bersama Huawei P20 dan P20 PRO ini adalah pilihan terbaik kerana tiada bayaran roaming dikenakan sekiranya anda melancong ke 10 buah negara iaitu Australia, Brunei, China, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Philippines, Singapore, Taiwan and Thailand. Bolehlah anda buat “Insta Story”, “Insta Live” atau pun “Facebook Live” tanpa rungsing memikirkan bil telefon anda. Terbaik bukan?

Tak perlulah kami cerita lebih panjang tentang keistimewaan dan kehebatan Huawei P20 dan P20 PRO ini kerana pastinya anda sudah membaca tentang kehebatan 3 lensa kameranya, ketahanan baterinya yang lama, rekabentuk yang menggiurkan dan pelbagai lagi ciri-ciri awesome. Orang kata sekali tengok je mesti terus jatuh cinta.

Nak puas hati lagi terus ke cawangan Digi berhampiran atau ke laman web www.digi.com.my untuk melihat sendiri plan yang ditawarkan untuk smartphone terbaru dari Huawei ini oleh Digi. Jadi tunggu apa  lagi? Jom kita sama-sama terbang ke udara bersama #HuaweiP20 #DigiLetsInspire.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...