Ungku Ismail Nafi Bercinta Dengan Anis Al- Idrus

Hiburan

Ungku Ismail Nafi Bercinta Dengan Anis Al- Idrus

Ungku Ismail Aziz, aktor yang cukup popular sekarang selepas berjaya memikat hati penonton menerusi drama TLU. Sedang sibuk mempromosikan kempen Travelling Beruang khusus untuk kanak-kanak yang menghidapi kanser, tiba-tiba nama beliau dikaitkan dengan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad iaitu Anis Al Idrus.

Aik, bila masa pulak Ungku Ismail rapat dengan Anis? Ungku Ismail menerusi portal Mangga Online berkata beliau juga tidak tahu bagaimana khabar angin tersebut boleh tersebar sedangkan beliau dan Anis tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Advertisement

Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul cerita ini dan rasa pelik apabila orang mula bertanya meminta penjelasan. Jadi saya lebih senang katakan no comment sahaja. Soal kekasih bukanlah subjek utama yang ingin saya perkatakan buat masa sekarang. Jika saya sudah berkahwin nanti pasti saya akan perkenalkan kepada semua siapa isteri saya.

Gosip itu tidak masuk akal dan ingin saya tegaskan bahawa gosip kononnya saya sedang bercinta dengan wanita yang dimaksudkan adalah tidak betul.

Tambah Ungku Ismail, beliau merasa rimas apabila dihimpit kontroversi percintaan kerana perkara sebegini boleh mengelirukan peminat.

Sebenarnya saya rasa rimas dan geli apabila cerita tentang percintaan diperkatakan. Apa impak yang akan diterima oleh masyarakat? Ramai yang mahu belajar tentang kehidupan seorang artis, tetapi kalau cerita begini yang diperbesarkan pastinya ia sesuatu yang tidak elok. Saya tidak suka buat orang keliru dengan cerita-cerita begini.

Relaks, kami tak rasa pun Ungku Ismail ada masa nak bermesra dengan Anis Al-Idrus malah beliau kan sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang akauntan, tak mungkin beliau bermain kayu tiga pulak kan?

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...