Sedia maklum, subjek matematik merupakan antara subjek yang sukar untuk dikuasai oleh kebanyakan pelajar kerana jalan kerjanya yang mungkin agak kompleks.
Susulan itu, pelakon Ungku Ismail Aziz bertindak mencipta aplikasi untuk kanak-kanak agar mereka boleh kuasai ilmu matematik.
Menerusi sesi temubual bersama Maskulin, pelakon itu menjelaskan aplikasi yang pada awaknya diberi nama Yim Genius dicipta untuk membantu anak lelaki, Ibrahim menguasai ilmu matematik.
Saya nak anak saya latih matematik setiap hari. Kalau nak latih matematik ni, kena buku banyak lah.
Matematik nak power, senang je. Buat latihan banyak, tak ada cara lain.
Dalam pada itu, suami kepada Nad Zainal ini turut mendedahkan aplikasi tersebut dicipta penuh dengan animasi untuk menarik minat kanak-kanak.
View this post on Instagram
Saya boleh buat video game. Jadi apa yang saya buat, saya buat apps tu dalam bentuk animasi dan juga bunyi-bunyi jadi menarik minat Yim (Ibrahim) untuk dia buat (latihan).
Dia akan ralit (leka) buat benda tu. Tahu-tahu je dia dah boleh buat tiga digit congak tambah tolak dalam masa 10 saat. Dia terus menang johan congak dekat sekolah.
Pelakon yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal itu turut berkongsi aplikasi tersebut telah dibangunkan olehnya setahun yang lalu namun ia mula dikenali selepas isterinya berkongsi kisah tentang Power Congak dan dikongsikan di TikTok.
Bila Nad tunjuk, orang tengok, orang nak. Saya cari coding pula macam mana nak keluarkan dekat App Store dan Google Playstore.
Pada masa yang sama, pelakon itu turut mendedahkan rancangannya yang mahu mengeluarkan aplikasi serupa bagi subjek yang lain lengkap dengan permainan (mini game) untuk kanak-kanak.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.