Hari ini ramai rakyat Malaysia yang bersedih dengan kehadiran GST. Untuk menambahkan lagi kesedihan anda (terutama yang perempuan), ingin Abang Nara maklumkan yang hero drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz sudah pun mempunyai kekasih hati. Sebelum ini Ungku Ismail pernah bercinta dengan rakan artis, Zarina Zainoordin namun gagal di pertengahan jalan. Kini hati lelaki macho itu telah dimiliki oleh seorang gadis yang bekerja di luar negara.
Orang kata kalau percintaan jarak jauh (PJJ) ini memang banyak dugaannya. Lagi-lagi kalau si kekasih meletop, hensem dan kacak macam Ungku Ismail Aziz. Nasib baiklah pencuri hati Ungku Ismail seorang yang memahami. Kata Ungku Ismail:-
Hubungan kami berlangsung secara jarak jauh, tapi dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya. Bagaimanapun, hati perempuan mana yang tak cemburu terutama apabila melihat babak intin antara saya dengan Elizad dalam drama itu. Sedikit sebanyak perasaan itu ada juga padanya, tapi kerana hubungan kami berlaku secara on and off, jadi saya tidak ambil kisah sangat.
Kata kunci di dalam kata-kata Ungku Ismail Aziz di atas ialah ‘on and off’. Ini bermaksud anda (para gadis) masih ada peluang lagi. Jangan sedih sangat. Mungkin anda boleh cuba mengorat Ungku Ismail. Mana tahu ada can. Hehehe. Selamat mencuba. Sumber Harian Metro.