Ungku Ismail Akui Sedang Hangat Bercinta, Belum Sedia Dedah Kekasih

Hiburan

Ungku Ismail Akui Sedang Hangat Bercinta, Belum Sedia Dedah Kekasih

Siapa yang masih ingat dengan Ungku Ismail Aziz? Pelakon yang satu ketika dahulu popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan (TLU) bersama Siti Elizad. Pergh, waktu itu memang TLU menjadi satu fenomena yang agak besar kerana lakonan mantap mereka berdua dengan jalan cerita yang tidak terlalu cliche.

Advertisement

Sebelum ini Ungku Ismail ada digosipkan sedang bercinta dengan seorang pelakon wanita iaitu Anis Al-Idrus namun beliau menafikan perkara tersebut.

Ramai yang masih lagi ingin mengetahui status sebenar Ungku Ismail yang memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde Scotland.

Dalam satu temubual bersama portal Utusan Online,Ungku Ismail akui beliau kini sedang hangat bercinta dengan seseorang. Walaubagaimanapun buat masa ini beliau belum bersedia untuk mendedahkan kekasihnya itu kepada umum.

Ya, benar. Saya sedang bercinta dengan seseorang. Siapa, biarlah rahsia. Bukan berahsia atau apa. Cuma saya takut sekiranya orang akan salah tafsir. Kadang-kadang peminat kita lain macam. Daripada perkara positif boleh jadi negatif, jadi lebih baik saya simpan dahulu. Nanti bila semuanya sudah sedia, saya akan umumkan. Jangan risau.

Sudah berusia 31 tahun, ia adalah umur  yang sudah tepat untuk mendirikan rumah tangga.  Berbicara soal itu, Ungku Ismail memberitahu beliau perlu bersedia dari segi zahir dan batin kerana perkahwinan buklan perkara yang boleh dibawa main-main.

Setahun dua lagi. Macam inilah, kahwin bukan perkara main-main. Kita perlu bersedia dari segi zahir dan batin. Lagipun saya tidak mahu membuang masa, ada keserasian dan kedua-dua pihak bersetuju, kita kahwinlah.

Soal bercinta ini, memang elok kalau diam-diam sahaja kerana nanti kalau tidak jadi mula lah ada pihak yang mengkritik dan mencari kesalahan.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...