Ungku Ismail Aktif Dalam Kempen Perangi Kanser

Hiburan

Ungku Ismail Aktif Dalam Kempen Perangi Kanser

Populariti yang dikecapi oleh Ungku Ismail Aziz selepas kejayaan dalam drama bersiri Teman Lelaki Upahan membuatkan peminat ingin mengetahui setiap aktivitnya. Baru-baru ini, Ungku Ismail nampaknya bergerak aktif dalam usaha untuk memerangi penyakit kanser di Malaysia.

Advertisement

Ungku Ismail telah mewujudkan satu hashtag iaitu #travellingberuang di Instagram beliau untuk mengingatkan orang ramai tentang bahaya serta risiko penyakit kanser terutama sekali kepada kanak-kanak.  Menyokong usaha beliau dalam kempen tersebut, Ungku Ismail telah mendapat lebih daripada 600 foto peminat menutup muka mereka dan menggunakan hashtag tersebut untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kesedaran penyakit kanser.

Segala idea untuk kempen tersebut tercetus apabila Ungku Ismail  membawa watak sebagai seorang bapa yang mempunyai seorang anak penghidap penyakit kanser dalam telefilem Travelling Beruang.

Sebenarnya Travelling Beruang merupakan tajuk telefilem. Selepas menerima tawaran untuk projek ini saya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Apabila kami pergi ke Kelantan dan berjumpa dengan Adik Mimi, tiba-tiba saya rasa macam perlu buat satu kempen kesedaran. Jadi saya terus meminta peminat menggunakan #travellingberuang.

Ungku Ismail berkata dia berasa terharu atas kejayaan kempen kesedaran itu kerana biarpun baru sahaja dua minggu diwujudkan namun mendapat sambutan yang luas dari orang ramai.

Saya tidak sangka gambar dan hashtag itu menjadi viral di media sosial. Alhamdulillah saya menerima sokongan yang besar kerana ada yang memuat naik foto mereka termasuklah peminat dari Singapura, Brunei dan Australia. Selepas menjadi viral, pihak TV3 menjemput saya untuk program MHI (Malaysia Hari Ini). Kemudian satu perbincangan dijalankan dan ada berita yang baik tetapi biar kami simpan dahulu.

Diharap dengan pengaruh beliau sebagai artis ia dapat menjadi satu kelebihan agar membuka mata masyarakat tentang penyakit kanser yang kini agak serius di Malaysia. Mereka yang menghidap kanser sememangnya memerlukan sokongan yang kuat untuk menentang sakit mereka.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...