‘Unfollow’ Media Sosial Isteri, Dr Che Hafiz Jawab Dakwaan Perkahwinan Bersama Julia Farhana Sedang Goyah

Hiburan

‘Unfollow’ Media Sosial Isteri, Dr Che Hafiz Jawab Dakwaan Perkahwinan Bersama Julia Farhana Sedang Goyah

Suami kepada pelakon Julia Farhana, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz tampil menafikan dakwaan kononnya rumah tangga mereka sedang berdepan masalah.

Memetik laporan Oh Bulan, Dr Che Hafiz menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik, namun mengakui setiap perkahwinan pasti melalui fasa turun naik dan ujian tersendiri.

Advertisement

“Saya pun tak pasti sebenarnya macam mana boleh timbul spekulasi. Saya dengan Julia baik-baik saja.”

“Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surutnya. Rumah tangga mana saja tak ada ujian. Saya minta semua doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menepis dakwaan kononnya mereka menyambut Aidilfitri secara berasingan. Jelasnya, mereka tetap beraya bersama, cuma tidak berkongsi gambar di media sosial.

“Kami ada saja beraya, cuma tak kongsi gambar. Saya tak nak komen lebih-lebih. Biasalah bila timbul spekulasi kita perlukan masa untuk bertenang.”

“Walau apa saja kita buat ada baik dan buruknya. Kalau nak cakap saya gelak bila dengar spekulasi itu macam meremehkan pula. Kita ambil perkara tersebut dari sudut yang positif,” katanya lagi.

Sebelum ini, timbul persoalan dalam kalangan netizen apabila Dr Che Hafiz memuat naik foto bersama ibunya pada hari raya tanpa kehadiran Julia.

Untuk rekod, Julia Farhana dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022 dalam sebuah majlis tertutup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-10 13:45:04

Mawi Jumpa 'Bekas Tunang', Ucap Selamat Pengantin Baru - "Moga Allah Merahmati Keluarga Kalian"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...