‘Unfollow’ Isteri Di Instagram, Ini Reaksi Amyra Rosli Kepada Amar Baharin

Hiburan

‘Unfollow’ Isteri Di Instagram, Ini Reaksi Amyra Rosli Kepada Amar Baharin

Baru-baru ini, pelakon Amar Baharin ada memuat naik satu entri yang memaparkan dia tidak mengikuti akaun Instagram isterinya iaitu Amyra Rosli. Sememangnya sudah menjadi satu kelaziman buat suami isteri untuk mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Jika bergelar artis pula, netizen mungkin akan beranggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila artis yang diminati sudah tidak mengikuti akaun media sosial pasangan mereka.

Advertisement

Menurut Amar, dia berasa pelik apabila akaun Instagramnya sudah tidak lagi ‘follow’ Amyra Rosli seperti selalu.

View this post on Instagram

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

“Sekarang ni aku musykil..macam mana aku boleh tak follow isteri aku sendiri? Sedangkan selama ini aku follow je dia pergi mana-mana. Kalau anda hebat, cuba senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kita ter’unfollow’ mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini.”

Dengan berseloroh, entri yang dimuat naik Amar itu turut mendapat reaksi Amyra Rosli yang tampil mempersoalkan perkara tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil mengaku bahawa mereka turut berdepan dengan masalah yang sama dan beranggapan mungkin terdapat gangguan pada aplikasi media sosial tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Sekadar info, Amar Baharin dan Amyra Rosli telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi,2, dan Ayra Aryssa yang kini berusia sembilan bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...