Difahamkan melalui laporan mStar, status rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin kini menjadi perhatian susulan kedua-duanya sudah tidak mengikuti akaun Instagram satu sama lain.
Selalu ‘up’ status sedih di platform media sosial
Bahkan difahamkan, Zizi kebelakangan ini sering memuat naik perkongsian ayat yang tersirat di platform Threads dan salah satunya hantaran yang dimuat naik ketika Awal Muharram lalu, di mana dia seakan-akan mahu memberitahu kini berada dalam fasa yang sukar.
Aku belajar tak menutup pintu sepenuhnya, tapi juga tak membukanya untuk semua. Ada hal-hal yang cukup disentuh daripada kejauhan.
Kali terakhir dilihat bersama ketika Aidilfitri
Bahkan, dalam hantaran lain, Zizi juga memaklumkan dirinya sudah berpindah rumah dan berkongsikan suasana kediaman baru yang tenang serta sunyi.
Namun begitu, di Instagram Yusuf, dia hanya memuat naik hantaran berkaitan kerja dan tiada perkongsian peribdi yang dimuat naik.
Malah, foto bersama isteri juga masih ada dan kali terakhir Yusuf memuat naik foto bersama Zizi adalah ketika Hari Raya Aidilfitri.