Undur Diri Daripada Bidang Radio : Fara Fauzana Mahu Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Hiburan

Undur Diri Daripada Bidang Radio : Fara Fauzana Mahu Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Selepas 10 tahun menyinari hidup pendengar di Malaysia menerusi stesen Hot Fm, Fara Fauzana telah mengumumkan beliau akan mengundurkan diri daripada bidang radio beberapa hari lepas.

Nyata keputusan Fafau itu tidak boleh diterima oleh peminatnya yang sentiasa setia mendengar slot AM Krew setiap pagi.

Advertisement

Jelas Fafau, beliau ingin membuka peluang kepada orang lain untuk cuba menceburi bidang radio selain ingin menggunakan peluang berkenaan untuk mendekatkan lagi dirinya dengan Tuhan.

Nama saya sudah terlalu sinonim dalam dunia radio. Kadang kala saya berasakan seperti menjadi penghalang untuk bakat lain menonjol dalam dunia penyampaian radio.

Jadi, lebih baik saya buka ruang itu kepada orang lain. Selain itu juga, saya dapat memberi ruang kepada diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Fafau juga ingin  menumpukan perhatian terhadap kehidupannya termasuklah ingin berumah tangga satu hari nanti.

Pada usia mencecah 36 tahun ini juga, saya berasakan sudah tiba masanya untuk memberikan tumpuan kepada hal peribadi, termasuk memikirkan soal ibu bapa dan rumah tangga.

Tiga lagi penyampai radio  iaitu AG, Ikhwan dan Liza turut mengumumkan pengunduran mereka daripada Hot FM. Selepas ini,mereka akan meneruskan kerjaya di Ultra FM bermula 27 Februari ini.

Tidak dapat dinafikan agak sedih juga mendengar berita Fafau akan berhenti, tetapi beliau juga ingin berehat dan memberikan tumpuan kepada diri sendiri selain mendalami ilmu agama.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...