Selalu orang akan kata wedding of the year tapi disebabkan bulan 10 ini ramai sangat artis-artis yang berkahwin, kita akan buat wedding of the month pulak. Terima kasih kepada si penghantar email yang memberikan cadangan. Sangat bernas idea anda ini.
Marilah kita buat undian untuk melihat perkahwinan siapakah yang menjadi pilihan anda. Calon-calonnya ialah:-
1. Perkahwinan Kayangan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.
2. Perkahwinan Jimmy Shanley dan Suhaila.
3. Perkahwinan Datuk Sani dan Fatimah Dalilah
4. Perkahwinan Bienda dan Kamarul
5. Perkahwinan Aqasha dan Noor Baizura
Sila tekan link-link di atas untuk melihat gambar-gambar perkahwinan mereka sebelum mengundi. Undian boleh dibuat di bawah.
Pengundi bertuah akan mendapat pakej bulan madu yang bakal ditaja oleh pemenang wedding of the month (ini gurau-gurau je jangan percaya pulak).
P.S: Kesian tengok cikgu nie kena dera ngan bayang-bayang sendiri.