“Undi Yang Selayaknya ‘Menang’..” – Tercalon Dalam Kategori Artis Kontroversi ABPBH37, Bella Astillah Minta Peminat Jangan Undi Dirinya

Hiburan

“Undi Yang Selayaknya ‘Menang’..” – Tercalon Dalam Kategori Artis Kontroversi ABPBH37, Bella Astillah Minta Peminat Jangan Undi Dirinya

Difahamkan, pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah tercalon dalam kategori ekstra untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 iaitu kategori ‘Artis Kontroversi’.

Minta peminat jangan undi untuk kategori Artis Kontroversi

Biarpun ‘berjaya’ tercalon dalam kategori tersebut, tetapi Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah meminta agar peminat tidak mengundinya dalam kategori tersebut.

Advertisement

Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh tuan punya badan dan video berkenaan tular di platform Threads.

 

View on Threads

 

Tolong jangan undi saya untuk artis kontroversi.

Susulan itu, peminat sebulat suara akan mengikuti permintaan Bella, bahkan merasakan terdapat seorang individu di dalam kategori tersebut yang layak menerima anugerah terbabit.

Dalam pada masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang mempertikaikan idea melakukan kategori tersebut kerana seakan-akan mengaibkan selebriti yang tercalon.

artis kontroversi abpbh 37

Dapat dilihat, selain Bella, terdapat juga selebriti-selebriti yang lain tercalon dalam anugerah tersebut iaitu Abby Abadi, Aliff Aziz, Diana Danielle, Farid Kamil, Fattah Amin, Fazura, Puteri Sarah, Ruhainies dan juga, Syamsul Yusof

Ruhainies
2025-07-30 09:00:42

Dituduh Ada ‘Sugar Daddy’ Bela, Ruhainies Bersuara - “Hidup Ni Hati Kena Bersih, Nampak Orang Lain Happy Jangan Busuk Hati”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...