September 10th, 2012

Di Malaysia memang banyak majlis-majlis anugerah untuk menghargai mereka yang terlibat dengan industry hiburan. Ada anugerah untuk mengetahui siapa selebriti paling popular, ada yang untuk tahu lagu terbaik dan macam-macam lagilah. Dan Abang Nara sangat gembira apabila mengetahui kewujudan satu lagi acara baru yang diberi nama Anugerah Blockbuster.

anugerah blockbuster

Tahun 2012 merupakan tahun pertama Anugerah Blockbuster ini dianjurkan. Bukan senang untuk menganjurkan satu acara yang besar, tetapi Abang Nara percaya dengan kerjasama daripada Astro selaku saluran rasmi, acara ini confirm boleh meletup punya. Lebih-lebih lagi bila tengok senarai-senarai pencalonannya yang sangat awesome!!!

anugerah blockbuster

Bagi Abang Nara, part yang paling menarik untuk Anugerah Blockbuster ini pemilihan pemenang 100% bergantung kepada undian daripada kita semua. Memang banyak pencalonan yang ada untuk 13 kategori yang dipertandingkan, tetapi kita boleh mengundi calon kegemaran kita secara online di www.anugerahblockbuster.com.my sehingga 18 September ini.
anugerah blockbuster

Selepas undian secara online ditutup, hanya 10 yang mendapat undian tertinggi untuk setiap kategori akan diberi peluang berentap pada 19 Sept – 6 Okt 2012. Rentapan ini akan dilakukan secara undian SMS(setiap SMS akan dicaj RM0.50 ) dan online. Di sinilah pentingnya peminat-peminat kipas susah mati para calon. Undian SMS ini hanya akan ditutup pada jam 6 petang sebelum siaran langsung Anugerah Blockbuster pada jam 9 malam bertarikh 6 Oktober 2012. Keputusan berdasarkan 50% undian SMS dan 50% undian online.
anugerah blockbuster

Abang Nara tak kisah siapa menang tetapi rasa excited jugak dengan Anugerah Blockbuster ini. Antara sebab keexcitedan ini ialah kewujudan kategori Anugerah Watak Penyangak Terhebat. Selalu hero-hero je yang dapat anugerah, kali ini ada can la para pelakon yang bawak watak jahat menang. Hehehe.

anugerah blockbuster

Tunggu apa lagi? Undilah pelakon/artis kegemaran anda di www.anugerahblockbuster.com.my sekarang jugak.


53 responses to “Undi Pelakon Kegemaran Anda Untuk Anugerah Blockbuster Astro”

  1. amy mastura says:

    ku rasa saya nak undi randy

Loading...