Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa sekiranya parti pimpinannya itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, mereka akan mempertimbangkan semula pelaksanaan pengeluaran KWSP bersasar.
Perkara tersebut diumumkan oleh beliau ketika pelancarakan PN Best yang merangkumi semua manifesto yang ditawarkan parti berkenaan bersempena dengan PRU15.
Jelas beliau, perkara itu akan dipertimbangkan semula selepas beliau menerima keluhan rakyat yang memintanya untuk menyuarakan hal-hal berkaitan dengan simpanan KWSP.
Insya-Allah, bila mana kita menang, antara perkara yang kita akan lihat semula ialah KWSP bersasar.”
PN pertimbang pengeluaran KWSP bersasar jika menang PRU15, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi videonya di TikTok, Muhyiddin berkata antara perkara berbangkit termasuk meminta 'Abah' untuk benarkan pengeluaran KWSP sekali lagi.#AWANInews #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/EwdOXfybIJ
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) November 6, 2022
Bagaimanapun, manifesto beliau itu tidak dipersetujui kebanyakan warganet di Twitter yang mengkritik dan menempelak Muhyiddin serta parti pimpinannya kerana KWSP itu adalah duit rakyat.
Ramai yang turut mempersoalkan mengapa mereka perlu mengundi sesebuah parti hanya kerana ingin mengeluarkan duit simpanan hasil titik peluh mereka sendiri.
Cuba bagi masuk akal. Dah kenapa undi kau supaya rakyat dapat keluar duit sendiri?”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.