April 23rd, 2012

Perkara yang paling best dalam dunia ini bagi kami ialah sokongan pembaca BeautifulNara.com. Kami sentiasa menanti respon dan maklumbalas pembaca setiap kali entri terbaru dipost ke blog BeautifulNara. Sokongan pembaca telah memungkinkan kami memenangi Nuffnang Blog Awards – Best Entertainment Blog tahun lepas dan untuk Januari tahun ini, BeautifulNara.com telah diumumkan oleh Suruhanjaya Digital Malaysia sebagai laman sesawang tempatan kesepuluh dengan jumlah pelawat paling ramai iaitu hampir 1.4 juta pembaca unik.

Kami memerlukan sokongan anda sekali lagi. BeautifulNara.com telah dicalonkan untuk kategori Best Tourism Entertainment Blog di Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2012 (MITBCA2012), yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Dengan rendah hati kami ingin meminta anda mengundi kami untuk kategori tersebut (tak nak undi pun tak mengapa, tiada paksaan sebab anda tetap best!).

Cara-caranya disertakan di sini. Anda boleh akses ke laman MITBCA2012 melalui pautan ini . Kemudian, klik “Login with Facebook” seperti yang ditunjukkan di anak panah gambarajah di bawah.

Photobucket

Anda akan diminta login ke Facebook (sekiranya anda memang belum login). Masukkan e-mel dan katalaluan anda ke Facebook.

PhotobucketKemudian klik butang “Go to App”.

Photobucket

Kemudian klik “Allow”

Photobucket

Selepas itu klik butang “VOTE” untuk BeautifulNara.com bagi kategori Tourism Entertainment Blog. Mudah kan?

PhotobucketSekiranya anda suka BeautifulNara.com dan AmazingNara.com, tunjukkan sokongan anda kepada kami. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk anda walau apa pun. Terima kasih sekali lagi!


11 responses to “Undi BeautifulNara.com Untuk Best Tourism Entertainment Blog Di MITBCA2012”

  1. faezah mengilai-ngilai says:

    Sapa leh bagitau nara kerja apa???

  2. […] pembaca telah memungkinkan kami memenangi Nuffnang Blog Awards – Best Entertainment … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged BeautifulNara.com, Best, Blog, Entertainment, […]

  3. kassim says:

    This category is meant for those who blog on entertainment in Malaysia (entertainment as the main aspect of the blog but talks about tourism in Malaysia)

    Macam tak sesuai je blog beautifulnara ni masuk.. jangan la tamak sangat abg nara oiii… sampai category tak sesuai pun nak masuk..

  4. first mafaka , mari undi!!!

  5. myname is says:

    Nak 1st jugak

Loading...