Uncle Seekers Dedahkan Kisah Cintanya Kerana Tidak Mahu Siti Aishah Dikongkong

Hiburan

Uncle Seekers Dedahkan Kisah Cintanya Kerana Tidak Mahu Siti Aishah Dikongkong

uncle seekers siti aishah

Niat yang suci dan murni sungguh Uncle Seekers ini. Mungkin ramai yang membencinya tetapi tujuan utama Uncle Seekers membongkarkan kisah “cinta syhh”nya bersama Siti Aishah adalah kerana dia tidak mahu melihat Siti Aishah dikongkong lagi. Kata Uncle Seekers, dia hanya mahukan Siti Aishah diberikan kebebasan.

Advertisement

[note]Berikan dia (Aishah) kebebasan dan jangan halang dia untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya.[/note]

Dan ternyata Uncle Seekers memang berani. Walaupun diugut oleh pelbagai pihak selepas pembongkaran kisah cintanya bersama Siti Aishah, Uncle Seekers masih rileks dan tak gelabah. Katanya buat apa dia perlu takut sedangkan dia bercerita perkara yang benar beserta bukti-bukti yang kukuh. Tapi kami agak tak faham dengan maksud sebenar “cinta syhhh”.

[note]Bagaimanapun, cinta antara saya bukanlah cinta dalam erti kata sebenar. Atas dasar itu juga saya menggelarnya ‘cinta syyhh'[/note]

Dan untuk makluman anda semua, kesemua cerita-cerita yang dipaparkan di blog Uncle Seekers terjadi hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Uncle Seekers dan Siti Aishah sudah tidak berhubung sejak Julai lalu. Pelik jugak kenapa selepas beberapa bulan baru tiba-tiba Uncle Seekers nak mendedahkan cinta syhh dia ini. Mungkin ada motifnya yang tersendiri.

Kini di blog Uncle Seekers, part 6 kisah cinta syhhnya bersama Siti Aishah sudah pun dikeluarkan. Pandangan ikhlas kami, semakin hari semakin mengarut je cerita yang dikeluarkan. Macam tak ada motif je. Mungkin Uncle Seekers sengaja nak mencari populariti murahan dengan cara ini. Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Untuk anda yang masih blur tak tahu apa-apa, sila baca entri terdahulu tentang Uncle Seekers dan SIti Aishah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...