Uncle Kentang Umum Rehat 30 Hari, Alami Masalah Kesihatan

Trending

Uncle Kentang Umum Rehat 30 Hari, Alami Masalah Kesihatan

Korang kenal Uncle Kentang? Mesti korang kenal kan? Sebut sahaja tentang Uncle Kentang, sudah pasti ramai akan mengenali nama tersebut kerana dia merupakan seorang sukarelawan kemanusiaan yang mendapat perhatian ramai orang dalam negara.

Aktivis berusia 58 tahun itu sangat terkenal kerana bergiat aktif dalam pelbagai misi bantuan kepada orang yang memerlukan di seluruh Malaysia. Selain itu, dia juga mempunyai sebuah organisasi tanpa keuntungan (NGO) bernama Community Policing Malaysia yang bertindak sebagai medium utama misi bantuannya.

Advertisement

4 years ago

Uncle Kentang Sedia Pinjamkan Katil Sakit Bagi Yang Tidak Berkemampuan

Berkat usahanya tersebut, Uncle Kentang juga turut mendapat Anugerah Point Of Light Dari Ratu Elizabeth II kerana sumbangannya kepada masyarakat. Ia merupakan satu anugerah yang sangat bermakna baginya kerana boleh diibaratkan yang usahanya diiktiraf secara terkemuka.

Uncle Kentang tutup telefon selama 30 hari selepas umum berehat

Menurut KOSMO, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah membuat keputusan untuk berehat daripada menjawab panggilan orang ramai yang memerlukan bantuan daripadanya.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi laman Facebooknya. Dia juga mengakui yang keputusan itu dibuat kerana faktor kesihatan mental dan fizikalnya selepas mendapatkan nasihat doktor.

“Tutup telefon 30 hari, doktor pesan saya mungkin kena penyakit sakit jiwa jika saya terus menjawab panggilan telefon. Satu hari tak kurang 100 panggilan masuk beserta pelbagai masalah,” kata Uncle Kentang.

Mahu tenangkan diri sebentar sebelum kembali berkhidmat untuk masyarakat

Selain itu, Uncle Kentang juga sempat menyatakan yang sepanjang tempoh dirinya berehat, dia mahu menenangkan diri dahulu sebelum dapat kembali berkhidmat untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Namun, orang ramai yang mempunyai masalah masih boleh berhubung melalui talian hotlinenya manakala talian kecemasan hanya dibuka khusus untuk kes-kes kemalangan sahaja.

Uncle Kentang

Uncle Kentang bersama van jenazah yang diuruskannya – Sumber Google

“Jadi mulai esok (hari ini) handphone saya akan di tutup selama 30 hari. Hanya handphone emergency sahaja di buka untuk kes kemalangan. Saya cuba tenangkan diri sebelum balik berkhidmat,” kata Uncle Kentang.

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mencapai lebih daripada 7,100 tanda suka dan telah dikongsikan sebanyak 97 kali.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...