Uncle Kentang Sediakan Khidmat Van Jenazah Percuma 24 Jam Di Kedai Mamak

Kehidupan

Uncle Kentang Sediakan Khidmat Van Jenazah Percuma 24 Jam Di Kedai Mamak

Sedekah adalah satu amalan baik yang tidak dapat dipaksa melainkan melalui dari hati yang ikhlas untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan banyak lagi.

Bila kita sebut tentang sedekah, teringat kita tentang Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng iaitu individu yang terkenal kerana beliau gemar bersedekah kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Advertisement

Terbaru melalui posting Uncle Kentang di laman Facebooknya, beliau telah menyediakan van jenazah percuma untuk masyarakat yang beragama islam. Menariknya di sini, van tersebut dikatakan telah diletakkan di kedai mamak dan mereka yang memerlukan boleh terus mengambilnya di situ.

“Tuhan jadikan kedai mamak 24 jam. Kita guna pakai kedai mamak itu untuk mudahkan urusan orang mati.”


Beliau menerangkan bahawa alasan beliau memilih kedai mamak adalah kerana kedai mamak beroperasi 24 Jam. Oleh itu, mereka yang memerlukan boleh menggunakan van yang disediakan bila-bila masa diperlukan.

Mereka hanya perlu meninggalkan nama dan nombor telefon sahaja sebelum mengambil kunci yang telah disediakan di kedai tersebut. Menurut posting tersebut, difahamkan van jenazah yang disediakan itu sudah diletakkan 24 jam di kedai mamak Sultan, Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, Puchong.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...