“Umur Saya Dah Nak Masuk 78 Tahun, Saudara Ingat Saya Suka Berjalan Sana Sini? Ingat Tak Letih?” – PMX

Berita

“Umur Saya Dah Nak Masuk 78 Tahun, Saudara Ingat Saya Suka Berjalan Sana Sini? Ingat Tak Letih?” – PMX

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini, menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya mengadakan lawatan ke luar negara kerana mahu ‘berjalan-jalan’.

‘Ingat tak letih ke pergi luar negara?’

Dapat dilihat melalui hantarannya di laman Instagram, PMX menegaskan lawatan ke luar negara bertujuan untuk membawa pulangan pelaburan besar buat negara yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat juga.

Advertisement

Umur saya dah nak masuk 78 tahun bulan depan, saudara ingat saya suka berjalan ke sini, sana? Ke luar negara? Ingat tidak letih? Sampai dari Brazil 24 jam kapal terbang, tiga kali orang pergi Mekah jauh dia.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan Mesyuarat BRICS yang dibuat di Brazil merupakan platform penting yang menghimpunkan negara-negara membangun yang mahu memperkukuhkan kerjasama tanpa bergantung sepenuhnya kepada kuasa besar dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Lawatan ke luar negara dilakukan untuk negara

Brazil negara besar, dia beri ruang pelantar minyak yang terbesar kepada Petronas. Sebab kita berkawan dengan dia, siapa untung? Petronas.

Tambahnya lagi, lawatan ke Peru tahun lalu pula untuk membuka peluang kepada syarikat perkapalan tempatan untuk membina kapal minyak dan gas berskala besar di Brazil, di mana nilai kontraknya sebanyak RM1 bilion.

Harga kapal hampir RM1 bilion, untuk siapa? Benar untuk syarikat tapi untungnya dibawa balik ke Malaysia dimana pekerjanya adalah rakyat kita sendiri.

tuisyen MADANI
2025-07-13 19:42:40

Anwar Ibrahim Luluskan Peruntukan RM5.27 Juta Bayar Kos Tuisyen MADANI Untuk Pelajar Di Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...