Umur Dah Nak Masuk 40 Tahun, Zul Ariffin Belum Ada Jawapan ‘Tepat’ Mengenai Calon Isteri – “Cakap Lebih-Lebih Nanti Dikata Poyo”

Hiburan

Umur Dah Nak Masuk 40 Tahun, Zul Ariffin Belum Ada Jawapan ‘Tepat’ Mengenai Calon Isteri – “Cakap Lebih-Lebih Nanti Dikata Poyo”

Pelakon sensasi, Zul Ariffin memaklumkan resolusi hidupnya kini berubah apabila bakal memasuki usia 40 tahun tidak lama lagi.

Bukan sahaja kerjaya, Zul juga tidak terlepas diaju dengan persoalan mengenai jodoh namun baginya dia tidak mempunyai jawapan muktamad pada ketika ini.

Advertisement

Alhamdulillah ramai juga rakan seperjuangan sudah berkahwin, saya tumpang gembira.

Kalau pihak media tanya pun (tentang kahwin), orang cakap saya ‘sembang’ tapi memang masih tiada jawapan yang tepat sehingga hari ini.

Tambah Zul, dia ingin melakukan perubahan dalam hidup sebelum usia memasuki 40 tahun pada tahun hadapan.

Banyak perubahan saya nak lakukan dalam hidup sebelum masuk 40 tahun, tahun ini paling kritikal.

Jadi menjelang umur 40 tahun, banyak benda kena ‘cut down’ (buang). Itu janji pada diri sendiri. Saya tak mahu orang cakap ‘usia dah 40 tahun tapi perangai tak berubah juga’. Saya tak mahu jadi benda tu.

Dikurniakan rezeki untuk melakukan umrah ke Tanah Suci berulang kali, Zul menganggap ia sebagai perubahan hidup yang positif.

Dia juga mengakui genre lakonannya kini sudah mula berubah dan tidak lagi romantik seperti dahulu.

Umur sekarang bukan lagi fasa ragu-ragu dan tahun ini saya dedikasikan untuk lebih banyak perubahan untuk diri sendiri termasuk secara dalaman.

Pada usia sekarang, kesihatan jadi keutamaan ditambah pula banyak juga kecederaan saya alami sepanjang penggambaran filem cuma tak cerita dan kongsi dalam media sosial.

“Insya-Allah doakan semuanya, kalau cakap lebih-lebih nanti dikatakan poyo pula bunyinya,” ujarnya yang ditemui media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazura keluar lagu raya bersama syasya dolla
22 hours ago

Syasya, Nur Fazura Dalam Diam Muncul Dengan Projek Lagu Sempena Aidilfitri Berjudul 'Raya Pum Pang'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...